Tarikh       :  1 Feb 2021

Masa         :  10.00 Pagi - 10.30 Pagi

Tempat     :  PEDI Pekan Marudi

Peserta     : 1 Peserta

TUJUAN:

  1. MENYEMAK STATUS PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS
  2. MENDAPATKAN JADUAL PENTAKSIRAN YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTIVITI:

Franklin Chendang merupakan pelajar SMK Marudi yang telah berdaftar sebagai ahli PEDI sejak 6 Mac 2020. Franklin telah melakukan permohonan ke sekolah khusus sebelum ini. Maka hari ini Franklin log masuk ke dalam portal Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menggunakan komputer PEDI. Franklin Chendang melakukan semakan status terhadap permohonan kemasukan sekolah khusus yang telah dimohon serta merujuk kepada penjadualan yang diberikan oleh pihak kementerian bagi menduduki ujian atas talian yang akan diduduki di SK Dato Syarif  Hamid pada 15 Februari 2021 (Isnin) .Franklin membuat cetakan penjadualan yang telah diberikan oleh kementerian sebagai rujukan mendatang. Bagi seorang pelajar yang tidak mempunyai kemudahan internet dan komputer, beliau berasa sangat puas hati dengan kemudahan yang diperuntukkan oleh PEDI bahkan dengan kemudahan internet yang pantas, beliau dapat menyelesaikan tugas tanpa sebarang gangguan.

Gambar di sini