Tarikh       :  16 April 2021

Masa         :  10.30 Petang - 12.00 Petang

Tempat     :  Pedi Pekan Marudi

Peserta     : 1 Peserta

 

TUJUAN :

  1. Mencari idea yang boleh dilakukan untuk dijadikan video pada pertandingan video tersebut.
  2. Bagi menimbulkan minat yang baru dalam aktiviti yang lebih berfaedah.
  3. Bagi meningkatkan lagi ilmu penggunaan ICT.

 

AKTIVITI : 

Suzanriena Dyen Ruth merupakan seorang pelajar lepasan SPM. Baru-baru ini iaitu pada Mac yang lalu, beliau telah berdaftar sebagai ahli Pedi dan turut mempunyai ilmu asas computer yang turut beliau pelajari di Pedi Pekan Marudi. Tujuan beliau untuk datang ke Pedi pada hari ini adalah untuk mencari idea dan maklumat yang boleh beliau gunakan untuk membuat video bagi pertandingan video yang dianjurkan oleh Pedi. Di sini, Suzanriena menggunakan kemudahan komputer dan internet yang terdapat di Pedi dengan sebaik yang mungkin. Beliau dapat mencari maklumat dengan mudah dan cepat tanpa sebarang gangguan internet  mahupun gangguan lain yang boleh mengganggu fokusnya. Kini, beliau telah berjaya mendapatkan semua maklumat serta bahan-bahan yang beliau perlukan untuk membuat video tersebut. Beliau sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan selain daripada tempat yang selesa, kemudahan ko puter dan internet yang baik, beliau turut berasa puas hati dengan caj yang dikenakan kepada beliau kerana menurutnya, nilai itu adalah mampu milik dan sesuai sekiranya dikenakan kepada penduduk setempat.

Antara aktiviti yang dilakukan: 

  1. Mencari maklumat mengenai makanan yagn menarik melalui aplikasi Google dengan menggunakan computer yang disediakan di Pedi.
  2. Memuat turun beberapa buah gambar serta resepi makanan yang beliau tertarik sebagai rujukan.
  3. Memuat turun lagu yang beliau ingin gunakan untuk membuat video tersebut.
  4. Melihat contoh-contoh video ringkas daripada Youtube.
  5. Mencari maklumat mengenai aplikasi video editor yang boleh digunakan serta cara penggunaannya. 

Gambar Di Sini