Tarikh : 5 Mei 2021 Masa : 9am-11am Tempat : PEDI Pekan Marudi Peserta : 1 Peserta |
Tujuan:
- Bagi mencungkil bakat yang terpendam
- Meningkatkan lagi kreativiti seseorang individu
- Mengasah bakat dalam pembuatan video
Aktiviti :
Sherlen Intang Jacob merupakan ahli Pedi Pekan Marudi sejak 15 Mac 2021. Hari ini, beliau datang ke PEDI adalah untuk menggunakan kemudahan internet dan komputer yang disediakan. Tujuannya adalah untuk mengcari maklumat melalui Google dan Youtube untuk belajar mengenai pembuatan video. Beliau berminat untuk mempelajari pembuatan video ini kerana bagi beliau , aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang menarik serta boleh disimpan sebagai kenangan. Oleh itu, beliau mencari maklumat seperti kamera, aplikasi editor, cara mengedit dan sebagainya. Akhirnya, beliau menemui maklumat yang beliau perlukan lalu beliau kumpulkan sekali ke dalam microsoft word lalu dijadikan folder, lalu beliau cetak. Kini, beliau berjaya menyelesaikan tugasannya, beliau berasa gembira kerana sedikit sebanyak Pedi dapat membantu beliau menyelesaikan pencarian maklumatnya. Beliau berpuas hati serta berterima kasih atas perkhidmatan yang diberikan serta ‘service charge’ yang berbaloi.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah :
- Log masuk mengguna komputer yang disediakan di Pedi Pekan Marudi
- Menggunakan aplikasi Google dan Youtube untuk mencari maklumat mengenai pembuatan video
- Mengumpul data-data yang diperolehi ke dalam microsoft word
- Cetak keluar maklumat yang telah dikumpul