Tarikh : 22 JUN 2021 Masa : 10am-11am Tempat : RUMAH MASING - MASING (WFH) Peserta : 1 Peserta |
Tujuan:
- Untuk mencipta website peribadi
- Bagi berkongis maklumat dan tips kepada pembaca
- Bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mengenai penggunaan dan kepentingan ICT.
Aktiviti :
Joy Bungan merupakan seorang pelajar tingkatan 4 dan juga merupakan ahli yang telah berdaftar sebagai ahli PEDI pada Oktober 2019. Pada hari ini, beliau secara sukarelanya ingin belajar cara-cara mencipta website atau blog beliau sendiri. Oleh kerana “LOCKDOWN” petugas mengambil inisiatif utnuk membantu komuniti melalui zoom meeting. Melalui wix.com ini, beliau dapat mencipta website ataupun blog beliau dengan mudah dan percuma. Petugas memberi serba sedikit penerangan mengenai penggunaan website atau blog, dan masa yang sama turut dijelaskan juga kebaikan dan kepentingan ICT dalam mencipta website atau blog. Belaiu sangat gembira dan teruja kerana mempunyai peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru walaupun tidak secara bersemuka. Walaupun yang beliau pelajari hanya asas namun beliau sudah berasa gembira dan berpuas hati serta membuatkan beliau berminat untuk belajar lebih mendalam lagi dalam penciptaan website ini. Beliau berasa sangat berterima kasih kepada petugas kerana telah memberikan penerangan yang mudah untuk difahami. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut :
- Petugas dan ahli berinteraksi melalui aplikasi zoom meeting.
- Petugas memberi sedikit penerangan mengenai website dan jenis-jenis website.
- Dengan menggunakan wix.com, petugas membimbing beliau untuk mencipta website beliau sendiri.
- Langkah demi langkah beliau dibimbing dan diberi keterangan .
- Akhir sekali, beliau berjaya mencipta website beliau sendiri walaupun hanya ssangat sederhana kerana baru pemula.