Tarikh : 16 JULAI 2021 Masa : 10am-11am Tempat : RUMAH MASING - MASING (WFH) Peserta : 1 Peserta |
Tujuan:
- Belajar cara untuk mendapatkan atau menghantar lokasi semasa kepada orang lain.
- Memudahkan pihak lain untuk mengetahui lokasi semasa seseorang tanpa memerlukan penjelasan yang panjang.
Aktiviti :
Chua Nien Thiing merupakan seorang pelajar yang telah berdaftar sebagai ahli Pedi pada tahun 2021 ini. Hari ini, beliau meminta bantuan daripada pegawai Pedi untuk mengajar beliau dengan lebih terperinci penggunaan Whatsapp, terutamanya dalam tujuan menghantar lokasi semasa kepada orang lain. Dengan menggunakan zoom meeting, petugas Pedi membantu beliau dengan memberi penjelasan setiap fungsi icon atau butang yang terdapat di dalam aplikasi whatsapp. Sekali gus petugas mengajar beliau cara untuk menghantar lokasi semasa beliau kepada orang lain. Beliau berasa gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Kini, beliau lebih memahami cara menggunakan aplikasi whatsapp dengan lebih terperinci. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut :
- Dengan menggunakan aplikasi zoom meeting, petugas memberi penjelasan menggunakan whatsapp kepada pengguna.
- Petugas membimbing langkah demi langkah penggunaan dengan cara mengakses google map atau lokasi melalui aplikasi Whatsapp.