Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Baram telah berlangsung semalam bertempat di Masjid As Salam Marudi. 

Penyertaan terdiri daripada penduduk sekitar Pekan Marudi, kakitangan agensi kerajaan dan swasta yang terdapat di Marudi.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah perarakan mengelilingi Pekan Marudi, pertandingan sepanduk antara kampung, agensi kerajaan dan swasta dan banyak lagi.