Program Sinergi Belia Peringkat Bahagian Miri 2018 telah dilaksanakan pada 13-15 April 2018 dengan kerjasama IKBN Miri, Persatuan Belia Kristian Rhema, Kelab Belia Revolusi Sg. Brit dan Baram Offroader Club. Daerah Marudi telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program kali ini.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah Community Service at Marudi, FitCommunity dan Randau Ruai Pemimpin Belia bersama Belia.