Tarikh |
: 16 September 2018 |
Masa |
: 09.00 am - 04.00 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (Pedi) Pekan Marudi |
Kerjasama |
: Delicious Zaida Bun, Cake & Pastry |
Pada 16 September yang lalu, Bengkel Roti dan Kek yang dikendalikan oleh Cikgu Zaida telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(Pedi) Pekan Marudi. Bengkel ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu bengkel roti dan bengkel kek. Penyertaan bagi setiap sesi ialah sebanyak 21 orang dan 12 orang.
Tujuan
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada peserta mempelajari bagaimana untuk menghasilkan kek dan roti sekaligus dapat membantu peserta yang sebahagian besar merupakan golongan surirumah menjana pendapatan sendiri dan menjadi usahawan berjaya.
Aktiviti
1. Menghasilkan pelbagai jenis roti seperti roti caterpilla, roti sosej, roti serunding ayam, roti sarang lebah dan roti crab cheese.
2. Antara menu kek termasuklah kek oreo, kek strawberry, kek manggo, kek blueberry dan kek orange.