Muzium ini bertempat di Kubu Hose, yang terletak di atas puncak bukit yang menghala ke Sungai Baram dan dibina dalam tahun 1898.

Barang pameran di dalam muzium ini terdiri daripada artifak-artifak kebudayaan kepunyaan pelbagai kumpulan etnik yang tinggal di kawasan tersebut.

Kegiatan ekonomi dan aktiviti-aktiviti am kumpulan etnik tersebut juga ada dipamerkan.