Majlis Daerah Baram telah ditubuhkan pada 1.1.1957 sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Artikel 3, Ordinan Penguasa Tempatan (The Local Authority Ordinance) (Chapter 117) yang telah diwartakan melalui Warta Kerajaan No.: B.N. 1994 Tahun 1956 (Part IV). Nama Majlis Daerah Baram kemudiannya ditukar kepada Majlis Daerah Marudi pada 1.1.1991 melalui Warta Kerajaan No.: S.W.K. L.G. 15 bertarikh 28.2. 1991.
Majlis Daerah Marudi merangkumi kawasan seluas 22,069.96 km persegi dan pada asalnya bidangkuasa Majlis dibahagikan kepada beberapa kawasan (ward) dan setiap “ward” itu diwakili oleh seorang Konselar yang dipilih ataupun dilantik.