Pembinaan jambatan Long Lama telah banyak memberikan kesan yang positif kepada para penduduk sekeliling. Misalnya, pelajar-pelajar sekolah dapat ke sekolah menggunakan jalan darat dan tanpa menggunakan perahu untuk ke destinasi mereka.Pembinaan jambatan ini juga telah memudahkan pelbagai aktiviti seharian penduduk dan melancarkan lagi aktiviti penduduk.