Pakcik Buang seorang nelayan berumur 70 tahun lebih akan membawa ikan dan udang segar pada setiap pagi di wharf express lama untuk dijual kepada penduduk Marudi. Disetiap pagi,beliau akan membawa ikan dan udang nya menggunakan perahu kerana beliau tinggal di tebing sungai,jadi tidak hairan lah kenapa ikan-ikan dan udang nya begitu segar.
Setiap hari ikan dan udangnya akan habis sebelum matahari menjelang ke atas. Kebanyakkan penduduk Marudi berpusu dan berebut jika melihat kelibat pakcik Buang kerana akan ikan nya yang segar.
untuk hari ini,hasil yang beliau dapat adalah ikan belida,banyak kebaikkan dan khasiat yang kita boleh perolehi dari ikan belida. Ikan Belida juga tidak selalu kita akan lihat para nelayan menjual kerana ikan ini ada musim nya.