Tadika dan Taska sudah mula beroperasi 1 Julai 2020 dengan mnegikuti SOP yang diarahkan.
Tidak dinafikan ada segelintir ibu bapa masih melahirkan kebimbangan menghantar anak ke sekolah tetapi percaya, mereka berada dalam keadaan selamat memandangkan sekolah mematuhi serta menyediakan SOP atau garis panduan ditetapkan kementerian berkaitan.
Dari aspek sekolah pula, ada di antara warga sekolah telahpun berlatih sejak awal lagi bagaimana mengendalikan pelajar mereka sebaik sahaja sekolah bermula apatah lagi pada peringkat usia empat hingga enam tahun itu.