IMG-20210202-WA0049.jpg

   Persiapan untuk tahun baru cina kali ini di Pekan Marudi agak sunyi sepi dek kerana negara kita masih lagi di serang Pandemic Covid 19. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu dimana penduduk Pekan Marudi yang menyambut tahun baru cina sudah mula membakar mercun,mengantung tanglong,ada juga yang akan menghiasi pokok limau mereka dengan keping-kepingan sarung angpao yang kosong dan ada juga yang sudah menyusun buah limau di meja makan. Tetapi pada masa kini,tidak banyak penduduk yang berbelanja untuk membeli barang kelengkapan untuk persiapan tahun baru cina dek kerana keadaan yang kini masih lagi hangat mengenai virus covid. Namun begitu,ia tidak menghalang sesetengah peniaga menjual barang kelengkapan persiapan untuk menyambut tahun baru cina salah satu kedai iaitu Chop Lee Hong. Jika memasuki Lee Hong,sudah pasti anda semua akan melihat pelbagai jenis sarung angpao mahupun tanglong yang dijual mahupun digantung. Kedai Chop Lee Hong kini sudah menyediakan kesemua barang kelengkapan untuk persiapan tahun baru cina seperti tahun-tahun sebelum ini. Bagi yang menyambut kami ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA (GONG XIE FA CAI)kepada yang menyambut daripada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pekan Marudi.