144345081_4069071023126806_3478160657881560602_n.jpg

Beberapa jalan akan ditutup bermula 1 Februari sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan nanti bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan ‘Waterfront Marudi’ dilaksanakan. 

Majlis Daerah Marudi dalam kenyataan media pada Jumaat berkata, ini bagi membolehkan aliran trafik di pekan ini berjalan dengan lancar khususnya mereka yang berkunjung ke Pekan Marudi. 

“Penutupan sementara Jalan Merdeka dan lencongan Jalan Puteri dan Jalan Sungai Marudi  di hadapan Restoran Bunga Raya untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pelaksanaan Projek Marudi Waterfront 1 Februari 2021 hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Disamping itu, arah lalulintas untuk Jalan Sungai Marudi akan diubah menjadi laluan keluar daripada Jalan Permaisuri dan Jalan Merdeka. Manakala, tempat parkir di Jalan Sungai Marudi juga akan ditutup sementara bagi memudahkan laluan Kenderaan Berat dan tempat parkir di Jalan Merdeka berhadapan stesen minyak juga akan ditutup buat sementara waktu. Pihak Majlis juga menyeru kepada orang awam agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas