Lo Mai Gai, atau secara harafiahnya nasi pulut ayam yang dibaluti dengan daun teratai. Lo Mai Gai adalah sebutan Kantonis atau sebutan lainnya ialah Nuo Mi Ji dalam bahasa Mandarin. Sejenis hidangan klasik dim sum disediakan semasa waktu yum cha atau minum teh. Hidangan adalah juga dipanggil mengukus ayam dalam bungkusan daun teratai atau mengukus pulut dalam bungkusan daun teratai. Hidangan tersebut amat sukar untuk didapati di Marudi. Namun sekiranya ada, boleh didapati di Tamu Marudi pada pagi hari di tingkat bawah.