Baru-baru ini Marudi dikhabarkan dengan berita terdapatnya positif kluster covid di Marudi. Seperti yang kita sudah sedia maklum juga, sejak berlangsungnya PKPB di Marudi, sempadan keluar masuk Marudi telah pun dikawal oleh pihak yang berkuasa. Kini, tidak sewenang-wenangnya penduduk untuk melakukan pergerakkan keluar masuk Marudi. Setiap pergerakan keluar masuk Marudi harus mendapatkan permit daripada pihak polis yang bertugas. Namun, hanya dengan alasan yang muhasabah dan tertentu sahaja yang diberi permit keluar masuk. Dalam masa yang sama, penumpang di dalam 1 kenderaan yang di benarkan hanya 3 orang sahaja. Ini dalah untuk tetap mematuhi SOP yang ditetapkan. Selain itu, potostat IC setiap penumpang harus disertakan bersama dengan permit yang diberikan. Permohonan permit boleh dilakukan di balai polis Marudi dari jam 8pagi sehingga 3petang . Sekian. Terima kasih.