Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama pihak Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bakal mengadakan sebuah seminar perlindungan kanak-kanak di dalam talian (child online protection- COP). Seminar ini adalah lanjutan daripada Persidangan Rantau ASEAN Mengenai Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian yang telah diadakan pada bulan Februari 2020. Ia adalah sebuah platform perkongsian bagi pelbagai pihak berkepentingan dari Malaysia dan negara-negara lain untuk bertukar pandangan, pengalaman, serta amalan terbaik.