Sejak musim pandemik ini, tidak dinafikan bahawa ramai yang telah dibuang kerja, dikurangkan gaji, serta bisnes tidak berjalan dengan baik. Namun tidak sedikit juga orang yang mengaut keuntungan daripada orang lain demi kepentingan diri sendiri serta kerana terdesakan Kini, masalah scam atau scammer semakin berleluasa. Hari demi hari, semakain ramai yang ditipu. Misalnya memenangi peraduan, membeli pakej pelancongan, membeli Iphone murah dan sebagainya. Perkara tersebut bukan sahaja terjadi dalam kalangan orang dewasa, namun turut terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Sikap kanak-kanak yang sememangnya suka untuk berkongsi segala perkara di media sosial bersama kawan-kawan mereka dapat mengundang resiko. Beringatlah selalu, jangan mendedahkan maklumat peribadi anda , baik kepada orang yang tidak dikenali mahupun kepada orang yang dikenali bagi keselamatan bersama. Dalam masa yang sama peringatkan anak-anak anda untuk berhati-hati dengan maklumat yang terdapat di dalam media sosial.