Perayaan Paskah atau lebih dikenali sebagai Good Friday dan Easter Sunday ini merupakan perayaan yang disambut oleh seluruh umat Kristian Tidak terlepas juga dengan masyarakat yang beragama Kristian di Marudi ini. Namun perayaan Paskah pada tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lalu, dimana semua umat Kristian dapat berkumpul di gereja untuk merayaan Paskah ini. Kerana keadaan yang tidak mengizinkan serta bilangan pesakit covid-19 semakin meningkat, perayaan ini disambut di rumah bersama keluarga masing-masing. Menurut umat Kristian dan kepercayaannya, arti Paskah ini ada melewati atau di dalam bahasa Inggeris adalah "Passover". Umat Kristian percaya bahawa Tuhan mereka Yesus Kristus telah mati di atas kayu Salib dan bangkit pada hari ketiga iaitu "Easter Sunday" untuk menebus dosa umat manusia. Oleh itu, seluruh umat Kristian menyambut perayaan Paskah ini setiap tahun sebagai peringatan akan Yesus Kristus yang telah mati bagi penebus dosa manusia.