hand-drawn-ching-ming-festival-illustration 23-2148876406

 

Perayaan Qing Ming atau lebih dikenali dengan sembahyang kubur merupakan perayaan yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia, begitu juga dengan penduduk Marudi. Mungkin masih ada individu yang tertanya-tanya apakah tujuan perayaan ini diadakan. Perayaan Qing Ming yang bermaksud Perayaan Jelas dan Terang, merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina pada setiap tahun iaitu pada hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga. Namanya menandakan masa bagi orang ramai untuk keluar dari rumah dan menikmati kehijauan musim bunga dan juga menziarahi kubur orang tersayang yang sudah meninggal. Kepentingan perayaan ini diadakan adalah bagi menghormati roh nenek moyang serta keluarga yang telah meninggalkan mereka. Selain itu, terdapat beberapa amalan yang diamalkan oleh masyarakat Cina setiap kali tiba musim Perayaan Qing Ming ini. Mereka akan membersihkan kubur dan sekeliliang perkuburan mendiang. Dalam masa yang sama, mereka menghormati roh nenek moyang serta memberi makanan kepada roh.