Bila bercakap mengenai pasar ramadan, semestinya yang tercetus di dalam fikiran adalah pelbagai aneka jenis juadah atau hidangan. Misalnya, air tebu, apam balik, pulut panggang dan sebagainya. Dahulu, pasar ramadan menjadi tumpuan ramai orang termasuk mereka yang bukan Islam akan turut serta berkongsi rezeki dengan sesama. Seawal jam 11:30 pagi, kita boleh melihat peniaga-peniaga di pasar ramadan sudah berada di lokasi masing-masing untuk membuat persediaan dan di mana terdapat banyak khemah yang dipasang khas untuk pasar ramadan ini. Namun kini, keadaan sudah berbeza. Kerana keadaan covid yang berlaku di Marudi, suasana di pasar ramadan menjadi kurang meriah dan hanya sebahagian kedai yang beroperasi. Bahkan bagi setiap pengunjung yang pergi ke pasar ramadan harus menitikberatkan SOP seperti semak suhu badan,mencatat maklumat peribadi di dalam buku yang disediakan atau scan My Sejahtera. Dalam masa yang sama SOP diperketatkan bagi mengelakkan penularan covid untuk semakin menjadi-jadi di kalang penduduk Marudi. Kini, penduduk Marudi semakin celik dalam menggunakan sosial media, oleh itu ramai peniaga yang membuat pengeposan ke dalam laman facebook serta membuat COD dalam masa yang sama, kita boleh menjaga keselamatan kita bersama.