Program Imunisasi ini dijalankan di Daerah Marudi adalah bertujuan agar penduduk di Marudi dapat meneri vaksin COVID-19. Program ini telah dijalankan sejak Mac yang lalu. Pada kali ini program ini masih lagi diteruskan secara berperingkat kepada penduduk yang bakal menerima vakcin COVID-19 ini. Di Marudi, program ini akan diadakan di Dewan Suarah Baram dengan ruangannya yang luas serta boleh menampung kapasiti penerima vaksin mengikut sesi dan waktu yang ditetapkan. Seperti yang telah disediakan maklumkan, SOP harus diutamakan dimana setiap penerima vaksin yang hadir perlu menggunakan pelitup muka, berada dalam keadaan yang bersih semasa pergi untuk mengambil vaksin. Di situ, setiap tempat beristirehat dan ruangan pengambilan vaksin adalah berada dalam keadaan yang mematuhi SOP semasa. Walaupun demikian, keselamatan dan kesihatan harus diutamakan dan walaupun telah menerima vaksinasi. Kita jaga kita.