1012209 1010932082303421 4001975056429571881 n lou sang

buffet 18157195 1409709389092353 3910129763355007178 n

Restoran Boon Kee merupakan salah satu restoran yang sudah lama beroperasi di Pekan Marudi bahkan sudah lebih daripada 20 tahun lamanya. Restoran ini menjadi tumpuan ramai orang kerana kepelbagaian makanan yang disediakan serta servis yang diberikan adalah sangat memuaskan. Selain daripada restoran tersebut beroperasi untuk pelanggan yang makan di situ, restoran ini turut menyediakan servis katering. Misalnya untuk majlis perkahwinan, aktiviti keramaian mahupun untuk tujuan seminar. Dalam masa yang sama, restoran ini turut mempunyai tempat yang luas dan sesuai untuk aktiviti keramaian yang memerlukan ruang yang besar dan selesa. Antara kelainan menu yang terdapat di restoran ini adalah sea cucumber mee yang merupakan menu yang menjadi tarikan ramai serta menjadi pilihan para pelancong yang datang ke Marudi. Dengan keunikan rasanya yang sedap sertap kuantiti yang memuaskan membuatkan restoran ini selalu didatangi rmai orang ketika dulu. Kerana keadaan semasa yang tidak mengizinkan restoran ini masih lagi beroperasi namun hanya untuk servis bungkus dan dibawa pulang sahaja. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai servis restoran ini, maklumat adalah seperti berikut: 

No. Tel0138305108 

Alamat : Jalan Perpaduan 98050 Baram