chans 159391992 10215095806747913 2986214791429707577 n

m asd d

Chan's Restaurant juga merupakan sebuah restaurant non halal yang sangat dikenali oleh orang Marudi bahkan kepada para pelancong. Salah satu tarikan restoran ini adalah kerana mereka menyediakan makanan ekonomi yang mana sudah siap dimasak namun tetap dikekalkan kehangatan makanan tersebut. Jadi di sini, pelanggan tidak perlu menunggu lama makanan yang di masak untuk siap dimasak bahkan mereka boleh terus memilih menu dan di makan. Selain itu, restoran ini juga turut menyediakan servis katering untuk majlis perkahwinan, majlis hari jadi, keramaian, bahkan turut mempunyai tempat yang luas dan selesa untuk mengadakan majlis besar-besaran. Tambahan dengan servis yang sangat memuaskan dari segi kualiti dan kuantiti makan serta layanan terhadap pelanggan membuatkan para pelanggan tidak jemu untuk tetap menikmati makanan yang disediakan oleh restoran ini. Bahkan pada setiap kali perayaan tahun baru cina, Restoran Chan ini menjadi salah satu restoran pilihan ramai untuk membuat tempahan sempana ambang tahun baru cina mahupun pada hari perayaan tersebut. Di sini disertakan maklumat mengenai restoran ini. 

No Tel: 085-755 417

Alamat : No.9 Marudi Town Square Marudi, 98050 Baram, Sarawak.

Masa beroperasi adalah sehingga 9:30pm