117376780 3795237870491005 6100153380161097511 n  185476893 4607566779258106 5986156923724321540 n 

183009287 4586545391360245 8711495248969206634 n asasa 185149264 4607302189284565 8083712463434832708 n

Tiga Tawai Cake House yang dimiliki oleh Puan Winnie Allen ini telah beroperasi lebih daripada 5 tahun. Bahkan sehingga kini, beliau masih lagi menjalankan perniagaan cake house ini secara separuh masa sahaja iaitu bermula daripada 3pm masa hari bekerja. Walaupun hanya separuh masa, Tiga Tawai Cake House ini masih lagi laku laris sehingga puan Winnie tidak menang tangan menangani setiap tempahan yang masuk setiap hari. Terdapat beberapa jenis kek yang beliau sediakan. Antaranya, kek hari jadi, kek perkahwinan, kek cawan, brownies dan sebagainya lagi. Yang membuatkan pelanggan beliau tetap datang untuk membuat tempahan adalah kerana rasa kek beliau yang sangat sedap serta harga yang dikenakan juga merupakan harga yang mampu milik dan berpatutan. Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, maklumat adalah seperti berikut:

no hp : 0148768051/0127638316

WhatsApp Image 2021-05-15 at 11.49.54 jj 

WhatsApp Image 2021-05-15 at 11.43.41 2 183120019 10222792299870232 2686061055810413953 n  183811830 10222792301750279 6000028089792845816 n

Huat Homemade Bakery merupakan perniagaan yang dimiliki oleh puan Sylvia Bai Apoi yang juga merupakan seorang ibu rumah tangga. Beliau telah memulakan perniagaan ini sejak tahun 2020 dan semakin berkembang sehingga pada hari ini. Beliau tak menang tangan untuk mengurus setiap pesanan yang diterima. Dalam masa yang sama, beliau akan pembuatan donut lebih untuk dihantar ke kedai untuk dijual. Kini, beliau pengembangkan lagi perniagaannya dengan mengadakan perkhidmatan "Surprise Planner". Kebanyakkan masa beliau adalah untuk membuat donut, namun beliau turut membuka tempahan kepada mereka yang menempah bun, kek dan lain-lain lagi. Selain itu, beliau juga menyediakan "Flower and Bouquet Service" seperti yang terdapat di dalam gambar-gambar di atas. Sekiranya ada yang berminat untuk membuat tempahan, maklumat adalah seperti berikut:

masa beroperasi : Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Hari istimewa

no hp : 0138213272

PicsArt 04-09-12.17.18-min

 

Delicious Cheap Cookies telah beroperasi sejak 2014 lagi. Pemiliki perniagaan kecil ini ialah Puan Rahimah yang juga merupakan ahli PEDi Pekan Marudi pada 25 Mac 2021. Beliau memulakan perniagaan ini atas dasar ingin menyara keluarga serta dijadikan sebagai hobi bagi mengisi masa lapang. Beliau hanya mejalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di marudi sahaja. Pada awalnya beliau tidak menyangka bahwa perniagaan beliau mendapat sambutan ramai. Namun, bagi beliau pendapatan yang beliau perolehi bagi menampung kehidupan keluarga pada masa kini tidak mencukupi. Namun kini, dengan penglibatan beliau untuk mengikuti kelas keusahawan serta mempelajari asas ICT, beliau dapat meningkatkan lagi hasil perniagaan beliau. Seiringi dengan itu, beliau berasa puas hati dengan pendapatan yang beliau peroleh hari demi hari. 

 

No. Handphone : = +60111513513

Facebook : Emma Rahimah

 

FB IMG 1618016355604-min

 

Puan Aren Lah merupakan seorang ibu rumah tangga yang sejak awal kariernya lagi, beliau telah membuat kraftangan yang pelbagai secara kecil-kecilan. Awalnya, beliau hanya membuat kraftangan kerana kebiasaannya melihat ibu beliau membuat kraftangan untuk dijadikan hiasan di rumah serta jualan dan turut dijadikan sebagai hobi terutama sekali pada masa lapangnya. Sudah lebih daripada 10 tahun beliau mengusahakan perniagaan ini dan semakin hari semakin berkembang sehingga sampai tahap beliau tidak mampu untuk melakukannya sendirian. Kini, beliau berasa puas hati kerana diberi peluang unuk mendalami ilmu ICT, terutama sekali penggunaan facebook. Kerana melalui kemudahan ICT ini, beliau masih dapat menjalankan dan memperkembangkan perniagaan beliau.

No. Tel: 0148975159

Facebook: Aren Lah

 

2016-10-11

Giatmara Baram menyediakan Latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak negara bagi mewujudkan tenaga mahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing.

Giatmara Baram yang telah mula beroperasi sejak tahun 2003 menawarkan dua jenis kursus iaitu Kursus Dandanan Rambut dan Teknologi Automotif. Penyertaan terbuka kepada remaja berusia 15 tahun dan tiada had umur. Pelbagai inisiatif disediakan untuk para pelatih seperti elaun bulanan dan asrama. 

Berikut merupakan butiran mengenai Giatmara Baram:

Alamat: Lot 365B/ 366A, Jalan Wawasan, 98050 Marudi, Baram, Sarawak.

No tel: 085-756457

Masa operasi: Isnin - Jumaat 8.00 am - 5.00 pm