105974692 113737833735122 4618153041950951382 n 131353288 1336436540035983 8432306170873787501 n

130049745 1336436496702654 4955972689834825969 n 182047178 1434681870211449 5780434327479326872 n183295489 1434681973544772 2162019361963031011 n

Mulu Cake & Bakery merupakan sebuah bakeri yang sudah sangat lama berdiri di bumi Marudi ini. Bermula dengan membuat perniagaan secara kecil-kecilan dan kini semakin berkembang bahkan bakeri ini juga turut ramai yang mengenalinya. Pada setiap kali ada perayaan, bakeri ini pasti akan menyediakan beberapa jenis kek yang berkaitan dengan perayaan semasa. Bakeri ini juga turut mempunyai idea dekorasi yang sangat menarik dan membuatkan para pelanggan tertarik dengan mudah bahkan rasa kek premium yang dibakar juga adalah sangat sedap dan pelanggan juga seringkali datang untuk membuat tempahan awal. Selain daripada kek, terdapat juga beberapa jenis bun yang boleh didapati di bakeri ini serta keluar fresh daripada oven. Di sini disertakan maklumat lanjut seperti berikut:

No. Hp 01119695395

 

123369049 1480148565513431 231469399082276284 n 98145201 1332191856975770 4613719556593025024 n

186470660 880911562462850 3044387294153564027 n 185273971 879271425960197 4251897208472194678 n

Heneina Donut Homemade merupakan sebuah perniagaan yang baru sahaja berusia 2 tahun iaitu sejak tahun 2019 ini dimiliki oleh Puan Annie Wan. Bermula dengan membuat donut biasa yang bersalut gula dan bomboloni, kini perniagaan beliau semakin berkembang dan mempunyai pelbagai variasi donut. Hampir setiap hari jualan beliau menjadi rebutan ramai. Dengan dohnya yang lembut walaupun sudah dalam keadaan yang sejuk serta topping yang sangat menyelerakan itu membuatkan pelanggan yang membuat tempahan kepadanya selalu penuh bahkan terkadang beliau tidak cukup tangan untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Selain daripada donut dan bomboloni, beliau juga mengenalkan set combo kepada pelanggannya dimana terdapat donut dengan pelbagai topping, donut susu, corndog dan kuih salah di dalam set combo itu. Selain daripada orang Marudi, terdapat juga para penggunjung yang berkunjung ke Marudi yang membuat tempahan awal sebelum mereka datang ke Marudi atas dasar Heneina Donut Homemade ini menjadi sebutan ramai di laman sesawang facebook serta di status whatsapp. Disini disertakan maklumat perniagaan ini.

No. Hp: +60148836590

Laman Facebook : https://www.facebook.com/henienadonuthomemade

1012209 1010932082303421 4001975056429571881 n lou sang

buffet 18157195 1409709389092353 3910129763355007178 n

Restoran Boon Kee merupakan salah satu restoran yang sudah lama beroperasi di Pekan Marudi bahkan sudah lebih daripada 20 tahun lamanya. Restoran ini menjadi tumpuan ramai orang kerana kepelbagaian makanan yang disediakan serta servis yang diberikan adalah sangat memuaskan. Selain daripada restoran tersebut beroperasi untuk pelanggan yang makan di situ, restoran ini turut menyediakan servis katering. Misalnya untuk majlis perkahwinan, aktiviti keramaian mahupun untuk tujuan seminar. Dalam masa yang sama, restoran ini turut mempunyai tempat yang luas dan sesuai untuk aktiviti keramaian yang memerlukan ruang yang besar dan selesa. Antara kelainan menu yang terdapat di restoran ini adalah sea cucumber mee yang merupakan menu yang menjadi tarikan ramai serta menjadi pilihan para pelancong yang datang ke Marudi. Dengan keunikan rasanya yang sedap sertap kuantiti yang memuaskan membuatkan restoran ini selalu didatangi rmai orang ketika dulu. Kerana keadaan semasa yang tidak mengizinkan restoran ini masih lagi beroperasi namun hanya untuk servis bungkus dan dibawa pulang sahaja. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai servis restoran ini, maklumat adalah seperti berikut: 

No. Tel0138305108 

Alamat : Jalan Perpaduan 98050 Baram

 

chans 159391992 10215095806747913 2986214791429707577 n

m asd d

Chan's Restaurant juga merupakan sebuah restaurant non halal yang sangat dikenali oleh orang Marudi bahkan kepada para pelancong. Salah satu tarikan restoran ini adalah kerana mereka menyediakan makanan ekonomi yang mana sudah siap dimasak namun tetap dikekalkan kehangatan makanan tersebut. Jadi di sini, pelanggan tidak perlu menunggu lama makanan yang di masak untuk siap dimasak bahkan mereka boleh terus memilih menu dan di makan. Selain itu, restoran ini juga turut menyediakan servis katering untuk majlis perkahwinan, majlis hari jadi, keramaian, bahkan turut mempunyai tempat yang luas dan selesa untuk mengadakan majlis besar-besaran. Tambahan dengan servis yang sangat memuaskan dari segi kualiti dan kuantiti makan serta layanan terhadap pelanggan membuatkan para pelanggan tidak jemu untuk tetap menikmati makanan yang disediakan oleh restoran ini. Bahkan pada setiap kali perayaan tahun baru cina, Restoran Chan ini menjadi salah satu restoran pilihan ramai untuk membuat tempahan sempana ambang tahun baru cina mahupun pada hari perayaan tersebut. Di sini disertakan maklumat mengenai restoran ini. 

No Tel: 085-755 417

Alamat : No.9 Marudi Town Square Marudi, 98050 Baram, Sarawak.

Masa beroperasi adalah sehingga 9:30pm

10468049 872134349496269 96132179992395995 o 3 

15202585 1305465219496511 7369039927715690459 n 1424542 873465426029828 8696079386927227237 n 2

 

HK Restoren merupakan salah satu kedai makanan no halal yang boleh didapati di Pekan Marudi. Dengan kelainan daripada kedai makan yang lain membuatkan HK Restoren menjadi tarikan ramai orang. Antara menu yang selalu menjadi tumpuan orang ramai apabila datang ke HK Restoren ini adalah Mee Besi iaitu mee goreng basah yang dimasak lagu diletakkan di dalam bekas besi yang panas bagi mengekalkan kepanasan menu tersebut . Bahkan telur ayam yang dipecahkan masuk ke dala  bekas besi itu akan terus masak dan rasa makanan tersebut adalah berlainan dan membuatkan para pelanggan ingin memesankan untuk kali kedua. Ramai penggunjung luar yang datang ke HK Restaurant pada hujung minggu untuk menikmati menu dimsum, Selain itu, apabila tiba musim tahun baru cina, boleh didapati HK Restoren akan tutup bagi menyediakan tempahan khas untuk pelanggan yang menembah sempena tahun baru cina. Terdapat pelbagai pilihan menu yang boleh didapati di kedai ini serta sentiasa memuaskan, dengan kualiti dan kuantitinya yang baik. Bagi mengetahui maklumat yang lebih lanjut atau membuat tempah maklumat adalah seperti berikut:

 

NO Tel :  085755103

Alamat : No 110-111 Jalan Perpaduan Marudi, 98050 Baram, Sarawak, Malaysia