Dulu Dataran Marudi adalah mercu lambang pekan Marudi di mana di dataran Marudi ada sebuah perahu lumba yang direka sempena lambang hari Regatta Marudi. Kini,lambang tersebut telah diolah dan dataran Marudi dibaikpulih dengan ada nya lambang sape ..Dibawah adalah gambar dimana Dataran Marudi kini dalam proses pembinaan. Ia juga salah satu projek yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan untuk mencantikkan lagi Pekan Marudi.
Marudi dikenali sebagai "Pekan Koboi" kerana Marudi dikenali sebagai pekan yang agak senyap. Tetapi dengan perubahan teknologi kini,pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membuat pelbagai projek untuk membangunkan Pekan Marudi menjadi Pekan yang maju. Salah satu projek yang dijalankan di Pekan Marudi adalah Waterfront Marudi untuk membuat Marudi semakin cantik. Dibawah kami sertakan gambar dan menurut Jaul projek pembinaan Marudi Waterfront yang sudah terlewat empat peratus dijangka siap penghujung Mac 2021.
Alatan musik tradisi dan pakaian tradisi.
keadaan marudi banjir.
Sub-kategori
Maklumat Komuniti
Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.
VISI
Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.
MISI
- Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
- Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
- Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.
Isnin - Ahad : 8:00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm
Rehat : 12:30pm -2:30pm
Alamat :
Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK
Maklumat Pusat Ekonomi Digital
Direction to Pedi Pekan Marudi