Sejak pada 15 Januari 2021 yang lalu,Pekan Marudi dilanda hujat lebat sehinggakan dijangka sampai pada 17 Januari 2021.
Disebabkan hujan asyik turun dengan lebat ia menyebabkan air sungai semakin naik dan air longkang juga turut dinaiki oleh air .
Ini menyebabkan beberapa buah rumah penduduk yang tinggal dikampung Dagang dinaiki air.
Bagi semua penduduk yang dilanda banjir,anda semua diminta untuk tidak bermain dengan air untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Selamat kembali ke sekolah buat semua pelajar. Pembukaan sesi persekolahan dijangka akan dibuka pada 20 Januari 2021.
Diminta para ibubapa mahupun pelajar agar sentiasa beringat dan sentiasa patuhi SOP. Para pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan etika dan norma baru.
#kitajagakita #patuhisop #covid19 #happynewyear
“No matter how hard the past is, you can always begin again.”
Selamat Tahun Baru buat Seluruh Pekan Marudi dari kami Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pekan Marudi,semoga ditahun ini kita akan mendapat apa yang kita impikan.
PEDI Pekan Marudi adalah pusat dimana orang awam akan mengunakan kemudahan yang ada pada PEDI kerana,kebanyakkan penduduk Marudi tidak mempunyai internet yang kuat untuk membuat ulangkaji mahupun assignment dirumah atas faktor-faktor yang tertentu.
Di PEDI para pelajar mahupun orang awam boleh menggunakan pc untuk mencari maklumat ataupun mengisi form secara online.
Disini adik Helentiana adalah seorang pelajar dari I-system membuat tugasan dari collage mengenai childhood environment dan manakala adik Julyennah adalah pelajar tingkatan 6 membuat tugasan sekolah juga. Kedua-duanya adalah ahli dari PEDI Pekan Marudi. Dengan adanya PEDI dapat membantu orang awam memudahkan urusan mereka.
Sub-kategori
Maklumat Komuniti
Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.
VISI
Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.
MISI
- Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
- Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
- Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.
Isnin - Ahad : 8:00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm
Rehat : 12:30pm -2:30pm
Alamat :
Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK
Maklumat Pusat Ekonomi Digital
Direction to Pedi Pekan Marudi