Pihak kontraktor telah membuat proses mengali longkang untuk proses membuat longkang yang lebih besar. Bersebelahan dengan Pedi Pekan Marudi.

Untitled.jpg

Florence Ulau seorang ahli Pedi Pekan Marudi,dia datang ke Pedi hari ini atas sebab beliau mengalami masalah dengan beliau punya telefon bimbit.

Disebabkan masalah tersebut,beliau meminta tolong kepada petugas Pedi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh telefon bimbit beliau.

mkjju.jpg

Masalah yang dihadapi oleh Florence adalah telefon bimbitnya telah penuh memory,disebabkan memorynya penuh,beliau mengalami kesukaran membuka whatsapp.

Apa yang dilakukan oleh petugas Pedi adalah membuang kesemua data-data dan applikasi yang tidak digunakan. Kemudian memuat naik dan mengemaskini aplikasi whatsapp beliau.

bghth.jpg

Kini,aplikasi whatsapp beliau telah dapat digunakan semula,beliau amat gembira dan berterima kasih kepada petugas-petugas Pedi.

bgff.jpg

 

Hebe Goh Hui Hui seorang pelajar Tingkatan 2 telah datang ke PEDI Pekan Marudi bersama rakannya mengunakan pc PEDI untuk membuat Projek Sejarah yang diberi oleh pihak sekolah.

 

ghfh.jpg

 

Projek Sejarah

hjtyjyj.jpg

Dengan adanya PEDI di Pekan Marudi,ia dapat membantu anak-anak muda membuat kerja yang diberi oleh pihak sekolah mahupun ingin membuat research di Google.

 

Nicklas Anak Dau seorang ahli PEDI berumur 22 Tahun yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Hospital Marudi,telah datang ke PEDI untuk membuat kemaskini SPP beliau.

Beliau telah datang ke PEDI selama 3 hari tetapi disebabkan sistem SPP ada masalah teknikal. Jadi hari ini dia datang membuat kemaskini SPP.

bhfgh.jpg

Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: 中秋节Cina Tradisional中秋節pinyin: zhōngqiūjié) merupakan perayaan hasil pertanian. Perayaan kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung, namun ada perayaan lain yang juga berkait rapat dengan tanglung misalnya Chap Goh Mei.

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

 

269777-18_26_555517.jpeg  Kuih-Bulan-Perisa-Baru-Di-Resorts-World-Genting.jpg

Sub-kategori

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.

 

 VISI

Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.

MISI

  • Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
  • Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
  • Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti. 

Waktu Operasi :

Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.

Isnin - Ahad :  8:00 am - 5.00 pm

                Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm     

          Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm

                           Rehat : 12:30pm -2:30pm                  

                                                                              

                          

 Alamat :

 
 
                                        Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
 
 , 

                       Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..my
 

Direction to Pedi Pekan Marudi

 

Untitled.png