Berita gembira buat penduduk Marudi mengenai pembukaan MR DIY yang akan dibuka tidak lama lagi. Sehingga kini pihak DIY sedang membuat penyusunan stock dan masih mengangkut barangan stock. Jika MR DIY telah mula beroperasi,penduduk Marudi tidak perlu lagi turun ke Miri hanya semata hendak membeli barang keperluan dan tidak perlu membazir tenaga.

 Untitled

''MARUDI BARAM''

Khamis - 02/07/2020

Rata-rata penduduk marudi sekarang masih mengalami masalah elektrik, kerana kerja pembaikan sedang dijalankan... Pihak sarawak energy masih berusaha menyelesaikan masalah tersebut.. Dan kebanyakan penduduk marudi rata-rata masih tertanya2 bila elektrik akan kembali normal..
Penggunaan genset diteruskan sampai elektrik supply kembali stabil.

106495264 3185299688196043 2364023754722191909 o

83731219 3185299581529387 9082264773395437732 o

 

Perayaan Duan Wu (Hanzi : 端午节 ; Mandarin : Duan Wu Jie ; Bahasa Inggeris : Duan Wu Festival) adalah salah satu hari perayaan tradisional kepada masyarakat Lingkungan Kebudayaan Asia Timur .

  • 初(chu) dan 端(duan) bermaksud "permulaan"
  • 五(wu) bermaksud "lima"
  • 午(wu) bermaksud "tengahari", ia berbunyi seperti "lima", 午 juga nama (午月) kepada bulan (月) yang kelima (五月) dalam Kalendar Cina pada zaman lampau yang dikenali sebagai "Kalendar Xia (夏历)"
  • 节(jie) disini berkaitan dengan tempoh, masa, dan waktu, termasuk pesta dan perayaan.

18739130 1691019224533630 9009352284213963090 o 18767473 1691019274533625 2036112927500379732 n

Perayaan ini disambut dengan mengadakan beberapa aktiviti seperti MAKAN ZONGZI dan PERLUMBAAN PERAHU NAGA kerana ini adalah adat istiadat mereka untuk menyambut hari DRAGON BOAT FESTIVAL yang dikenali sebagai PERAYAAN DUAN WU iaitu kuih chang.

Duanwu Festival 2

 

Tadika dan Taska sudah mula beroperasi  1 Julai 2020 dengan mnegikuti SOP yang diarahkan. 

Tidak dinafikan ada segelintir ibu bapa masih melahirkan kebimbangan menghantar anak ke sekolah tetapi percaya, mereka berada dalam keadaan selamat memandangkan sekolah mematuhi serta menyediakan SOP atau garis panduan ditetapkan kementerian berkaitan.

Dari aspek sekolah pula, ada di antara warga sekolah telahpun berlatih sejak awal lagi bagaimana mengendalikan pelajar mereka sebaik sahaja sekolah bermula apatah lagi pada peringkat usia empat hingga enam tahun itu.

05nt08ki 1591431067

 

 

 

fgg

 

Tamu Marudi adalah tempat/lokasi dimana anda akan menemui pelbagai sayuran hijau yang segar dan buah-buahan yang segar yang baru dipetik.

Diatas Tamu pula mempunyai gerai-gerai menjual pelbagai menu makanan dan minuman.

Bagi sesiapa yang ingin mencari sayuran dan buahan yang segar bugar,boleh la mengunjungi Tamu Marudi.

Sub-kategori

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.

 

 VISI

Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.

MISI

  • Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
  • Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
  • Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti. 

Waktu Operasi :

Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.

Isnin - Ahad :  8:00 am - 5.00 pm

                Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm     

          Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm

                           Rehat : 12:30pm -2:30pm                  

                                                                              

                          

 Alamat :

 
 
                                        Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
 
 , 

                       Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..my
 

Direction to Pedi Pekan Marudi

 

Untitled.png