TERIMA KASIH JURURAWAT!
JURURAWAT 'JANTUNG' KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia 2020 kepada jururawat, di Malaysia terutamanya!
"A Voice to Lead : Nursing The World To Health"
Tarikh 12 Mei setiap tahun merupakan Hari Jururawat Sedunia yang disambut di seluruh dunia.
Sambutan tahunan itu untuk mengenang dan menghargai sumbangan para jururawat yang memainkan peranan penting dalam perkhidmatan kesihatan setiap negara.
Semoga profesion kejururawatan terus cemerlang di persada dunia!
Semoga sambutan Hari Jururawat Sedunia ini menjadi pemangkin semangat pada jururawat untuk memberikan khidmat bakti yang terbaik buat rakyat Malaysia.
Jururawat adalah 'jantung' Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ikhlas daripada :-
Warga Kerja
Pusat Ekonomi Digital keluarga Malaysia Pekan Marudi
Sempena sambutan Hari Ibu Sedunia, marilah kita mendoakan agar ibu kita semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan dimurahkan rezekinya.
Dikesempatan ini juga, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pekan Marudi mengucapkan jutaan terima kasih kepada golongan ibu yang bertugas sebagai barisan hadapan di bulan yang mulia ini.
Sesungguhnya, hanya tuhan sahaja yang boleh membalas jasa dan tanggungjawab anda kepada agama, negara dan bangsa.
“Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil lagi.”
Ribut kencang dan hujan lebat yang melanda Pekan Marudi telah menyebabkan sebatang pokok tumbang. Pokok yang terletak tidak jauh dari pejabat pos dan hospital Marudi tumbang melintangi jalan raya. Mohon berhati-hati ketika menggunakan jalan ini.
Kredit gambar dan info: Encik Jammy Eusoff , Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Marudi.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pekan Marudi ingin mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam. Semoga Ramadan kali ini memberikan seribu rahmat dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita.
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional(BPN) akan dibuat secara berperingkat ke dalam akaun penerima yang layak mulai 6 April 2020 (Isnin).
kelihatan penduduk Marudi sedang berbaris menunggu giliran di Bank BSN.
Tidak lupa juga sebahagian penduduk Marudi turut berbaris di Bank Public.
Sub-kategori
Maklumat Komuniti
Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.
VISI
Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.
MISI
- Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
- Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
- Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.
Isnin - Ahad : 8:00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm
Rehat : 12:30pm -2:30pm
Alamat :
Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK
Maklumat Pusat Ekonomi Digital
Direction to Pedi Pekan Marudi