Hari ke Lima belas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Bangunan Kuil dimana tempat menyambut CHAP GOH MEI.

vbg.jpg

Hari terakhir untuk sambutan Tahun Baru Cina tradition Pekan Marudi mereka sembahyang di kuil. Gambar dibawah adalah tradisi Pekan Marudi melawat kuil sempena sambutan Chap Goh Mei sambil membawa Turtle Bread.

 

nhyt.jpg

 

cde.jpg

 

 

 

 

Proses pembinaan retaining wall Marudi untuk memperkukuhkan tebingan sungai dari hakisan, ianya juga akan menyediakan laluan pejalan kaki dan menara peninjau untuk orang ramai beriadah.

 

13.jpg

 

untuk mengelak terhakis nya tanah dan penduduk juga boleh membuat aktiviti beriadah.

 

14.jpg

 

 

 

Japen Daerah Marudi Jam10 pagi telah menyusuri masyarakat di sekitar Pasar Marudi dan Terminal Ekspres.Fokus penyampaian maklumat berkenaan Wabak Novel Coronavirus terutama langkah-langkah mengurangkan risiko daripada dijangkiti.

gmba.jpg

Mengedarkan risalah mengenai Virus Korona

gambar.jpg

disepanjang kawasan Wharf Express

gba.jpg

Pakcik Buang seorang nelayan berumur 70 tahun lebih akan membawa ikan dan udang segar pada setiap pagi di wharf express lama untuk dijual kepada penduduk Marudi. Disetiap pagi,beliau akan membawa ikan dan udang nya menggunakan perahu kerana beliau tinggal di tebing sungai,jadi tidak hairan lah kenapa ikan-ikan dan udang nya begitu segar.

 

ganjklo.jpg

 

Setiap hari ikan dan udangnya akan habis sebelum matahari menjelang ke atas. Kebanyakkan penduduk Marudi berpusu dan berebut jika melihat kelibat pakcik Buang kerana akan ikan nya yang segar.

 

JJJJ.jpg

 

untuk hari ini,hasil yang beliau dapat adalah ikan belida,banyak kebaikkan dan khasiat yang kita boleh perolehi dari ikan belida. Ikan Belida juga tidak selalu kita akan lihat para nelayan menjual kerana ikan ini ada musim nya.

 

ERT.jpg

 

TARIAN SINGA YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH PERSATUAN TADIKA YUK IN DI PEDI PEKAN MARUDI

 

Tarian Singa (bahasa Cina舞獅pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.Tarian singa ini akan diiringi oleh gongdram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

tonche.jpg

 

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara ChinaTaiwanJepunKoreaThailand,Malaysia dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu.

 

lion_dance.jpg

Sub-kategori

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.

 

 VISI

Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.

MISI

  • Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
  • Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
  • Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti. 

Waktu Operasi :

Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.

Isnin - Ahad :  8:00 am - 5.00 pm

                Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm     

          Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm

                           Rehat : 12:30pm -2:30pm                  

                                                                              

                          

 Alamat :

 
 
                                        Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
 
 , 

                       Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..my
 

Direction to Pedi Pekan Marudi

 

Untitled.png