Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua yang beragama Islam. Di bulan yang mulia ini, bersama-sama kita saling bermaaf-maafan. Selamat menjalani ibadah puasa.
Pembinaan watefront pekan Marudi yang bernilai RM23 juta ini akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak. Projek tepi laut yang dicadangkan, yang akan dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), terbentang dari dermaga kerajaan ke pejabat terminal Lembaga Sungai Sungai (SRB). Ia meliputi panjang 300 meter untuk menjadi sebahagian daripada Esplanade Dataran Marudi Town 7.6 ekar.
Ratu Baram Agrofest 2019 telah disertai seramai 10 orang dari
pelbagai kaum. Ratu Baram Agrofest 2019 ini telah mendapat
sambutan yang sangat tinggi. Setiap peserta akan diundi melalui
Facebook. Ratu Baram Agrofest 2019 telah dimenangi oleh
Nicole Ak Goldy. Tahniah diucapkan kepada Ratu Baram Agrofest 2019.
Kerja-kerja menaik taraf Fort Hose pekan Marudi sedang dijalankan. Ia akan mengambil masa setahun untuk disiapkan dengan mengikuti proses yang akan dilakukan. Ini merupakan gambaran dalaman Fort Hose marudi yang diambil.
Baram Agrofest 2019 telah diadakan pada 12 hingga 14 April 2019 yang bertempat
di Dataran Marudi. Banyak aktiviti telah diadakan seperti Baram Kitchen, Demo
membuat baja organik, Demo masakan, Pertandingan masakan dan sebagainya.
Terdapat juga pelbagai pameran, jualan produk pertanian, makanan dan kraftangan
hasil keluaran tempatan. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Sub-kategori
Maklumat Komuniti
Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.
VISI
Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.
MISI
- Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
- Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
- Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.
Isnin - Ahad : 8:00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm
Rehat : 12:30pm -2:30pm
Alamat :
Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK
Maklumat Pusat Ekonomi Digital
Direction to Pedi Pekan Marudi