Setiap mesyuarat yang dianjurkan mempunyai minit mesyuarat.

20190423 093922

 

Selaku setiausaha Kampung Narum, iaitu Encik Fadel Shukri Bin Suip

telah mempelajari cara-cara untuk menyediakan minit mesyuarat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pekan Marudi.

Dalam masa yang sama, beliau mula mempelajari cara menggunakan

Microsoft Word. Dengan menggunakan aplikasi tersebut dapat membuatkan

minit mesyuarat nampak lebih kemas dan teratur.

20190423 093934

Oleh itu, segala minit mesyuarat nampak lebih jelas dan mudah

difahami.  Encik Fadel sangat berbangga dengan adanya teknologi IT

yang memudahkan kerja beliau.

Encik Fadel Shukri Bin Suip ialah seorang keusahawan kecil.

Beliau amat berminat untuk memperkembangkan bisnes

dengan mengiklankan secara dalam talian.

 20190423 084350

Oleh itu, beliau telah datang ke Pedi Pekan Marudi untuk mempelajari dengan

lebih mendalam bagaimana hendak mengiklankan produk secara dalam talian.

Encik Fadel mula mendaftar sebagai ahli dan memuat naik gambar produk yang diiklankan.

20190423 084401 20190423 084746

 

 

Dengan itu, Encik Fadel merasa mudah untuk membuat pengiklanan produk yang diniagakan oleh beliau.

 

  20190423 085723  20190423 085812

 

 

Balai Bomba Marudi mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2008.

 

Image result for balai bomba marudi

 

 Alamat : Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Baram,95050 ,Marudi, Sarawak

No.Tel   : 085 - 755 189

 

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi mencatatkan rekod terbaiknya dalam sepanjang 16 tahun lalu selepas berjaya memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.75 dengan 80 orang calon yang menduduki peperiksaan STPM pada tahun lepas. 

Salah seorang calonnya, Wong Siong Cheng dianugerahkan pelajar terbaik sekolah itu selepas mendapat purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00, sementara seramai 28 orang  calon memperolehi PNGK 3.00 ke atas. 

 

“Ini merupakan rekod terbaik kita, sepanjang 16 tahun lalu dan pada tahun 2003 ada beberapa pelajar kita yang mendapat keputusan cemerlang tetapi keputusan tahun 2018 ini adalah yang terbaik,” demikian menurut pengetua sekolah, Maria Jau.

“Selain Wong Siong Cheng, pelajar terbaik yang memperolehi lebih daripada PNGK 3 ialah Wong Chong Yang ( PNGK 3.75), Diana Dimong (PNGK 3.75), Tay Heng Ping (PNGK 3.83) dan Stanly Molly Gira yang mendapat PNGK 3.92,” katanya. 

Berucap di majlis penyampaian slip peperiksaan STPM di dewan sekolah berkenaan di sini, hari ini, beliau turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang diperolehi oleh pelajarnya, sekali gus tidak membataskan mereka sebagai sebuah sekolah di luar bandar.  

“Saya berasa bangga dan gembira kerana tidak menjangka lebih 20 orang yang mendapat PNGK 3 ke atas. Keputusan pagi ini amat mengejutkan apabila kita mengetahui bahawa seramai 28 orang pelajar SMK Marudi berjaya memperolehi keputusan melebihi PNGK 3,” ujar beliau lagi. 

Menurut Maria, pencapaian ini adalah langkah pertama mereka untuk memperolehi kecemerlangan keputusan dan menyeru pelajar Tingkatan 6 Atas supaya akan belajar lebih rajin dan mencapai keputusan cemerlang malah lebih baik daripada tahun 2018. 

Berikutan itu juga, beliau memberi semangat kepada bekas pelajar sekolah itu yang mendapatkan keputusan SPTM mereka hari ini supaya meneruskan pengajian mereka hingga ke peringkat tertinggi yang mampu mereka capai, dan seterusnya menjadi insan berguna bangsa dan negara.  

 

 

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

 

 

 

 

 

 

 

Projek " Waterfront " telah dilancarkan di Pekan Marudi pada 21 Mac 2019. Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Waterfront Marudi yang bernilai RM 23 juta di Pekan Marudi.

 

 

 

Projek Waterfront Marudi apabila siap kelak bukan sahaja akan mengindahkan pekan Marudi malah menjadi salah satu tarikan pelawat luar terutamanya pelancong asing. Ini secara tidak langsung dapat merancakkan kegiatan ekonomi di Marudi sekaligus dapat membuka peluang penjanaan pendapatan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

 

 

Sub-kategori

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.

 

 VISI

Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.

MISI

  • Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
  • Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
  • Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti. 

Waktu Operasi :

Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.

Isnin - Ahad :  8:00 am - 5.00 pm

                Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm     

          Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm

                           Rehat : 12:30pm -2:30pm                  

                                                                              

                          

 Alamat :

 
 
                                        Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
 
 , 

                       Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..my
 

Direction to Pedi Pekan Marudi

 

Untitled.png