Balai Polis ialah bangunan yang berfungsi sebagai pusat operasi untuk pegawai polis dan ahli-ahli kakitangan lain. Bangunan-bangunan ini mengandungi pejabat dan tempat penginapan untuk kakitangan dan kenderaan, bersama denganbilik gerobok, lokap dan bilik wawancara / soal siasat.

 


 

Alamat : Balai Polis Marudi , Polis Diraja Malaysia , Jalan Sentosa ,98050 Mardui , Sarawak .

Telefon : 085575221

emel    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Majlis Daerah Baram telah ditubuhkan pada 1.1.1957 sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Artikel 3, Ordinan Penguasa Tempatan (The Local Authority Ordinance) (Chapter 117) yang telah diwartakan melalui Warta Kerajaan No.: B.N. 1994 Tahun 1956 (Part IV). Nama Majlis Daerah Baram kemudiannya ditukar kepada Majlis Daerah Marudi pada 1.1.1991 melalui Warta Kerajaan No.: S.W.K. L.G. 15 bertarikh 28.2. 1991.

Majlis Daerah Marudi merangkumi kawasan seluas 22,069.96 km persegi dan pada asalnya bidangkuasa Majlis dibahagikan kepada beberapa kawasan (ward) dan setiap “ward” itu diwakili oleh seorang Konselar yang dipilih ataupun dilantik.

 

Sungai Baram ialah sebatang sungai sepanjang 400 km terletak di negeri Sarawak, Malaysia Timur di pulau Borneo. Sungai ini berasal dari timur iaitu dari Banjaran Iran dan mengalir arah barat melalui hutan hujan tropika ke dalam Laut China Selatan. Dalam peta terletak pada koordinat 4° 35' 0" Utara, 114° 58' 0" Timur. Semasa zaman Pleistosen atau Mesolitik lebih kurang 10,000 tahun lalu, terdapat kejatuhan 5 darjah Celsius dalam suhu global. Di puncak gunung, hujan turun sebagai salji dan terkumpul sebagai lembaran berais (termasuk Gunung Kinabalu), lantas memecah rekod dam kitaran hidrologi global. Disebabkan kekurangan air dilepaskan ke dalam laut, terdapat kejatuhan aras laut sebanyak 120 meter dari masa kini. Laut China Selatan kering, mendedahkan Pentas Sunda dan peparit dalam terdahulu menjadi sungai kuno besar yang dipanggil Sungai Sunda Utara. Tanah Besar Asia, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra dan Jawa menjadi bersambung kepada Borneo melalui jambatan tanah Pentas Sunda yang terdedah. Sungai Sunda Utara menyediakan sambungan penting kepada Sungai Mekong di Vietnam dan Sungai Chao Phraya di Thailahnd di utara, Sungai Baram dan Sungai Rajang di Sarawak di timur dan Sungai Pahang dan Sungai Rompin di barat tanah yang besar. Ikan keli air tawar dari sungai tersebut berhijrah dan mengawan untuk menukar bahan genetik mereka lebih kurang 10,000 tahun lalu. Lalu, selepas Holocene, bila suhu meningkat, jambatan tanah tersbut dan Sungai Sunda telah ditenggelami dan jumlah ikan keli telah terasing. Walau bagaimanapun, motif genetik mereka masih dalam DNA-nya sebuagai bukti sambungan terdahulu Sungai Rajang kepada sungai terasing lain di Indochina dan Borneo.

Perpustakaan Awam Marudi merupakan sebuah bangunan awam yang paling besar di Marudi.Tempat tersebut merupakan tempat belajar dan mencari maklumat bagi penduduk Marudi.Terdapat banyak buku dan bahan rujukan di perpustakaan ini.Selain itu, tedapat juga bahan bacaan dalam bahasa melayu , bahasa cina, dan juga bahasa inggeris.

 

Sejajar dengan itu, perpustakaan tersebut juga membekalkan surat khabar , majalah dan sebagainya.Dalam hal ini , orang dewasa dan warga emas digalakan ke perpustakaan ini untuk medapatkan ilmu yang baru di sini .

 

Seterusnya , remaja juga  banyak mendapat manfaat jika mereka datang ke perpustakaan ini. Hal in demikian kerana remaja boleh meluangkan masa mereka di sini untuk membuat ulang kaji dan kerja rumah sekolah . Dalam hal ini, perpustakaan merupakan tempat yang perlu kurangkan suara .Oleh hal yang demikian ,remaja atau pelajar dapat mengulang kaji dengan teliti dalam ruangan yang senyap.

 

 

 

 

Address: Jln Kampung Cina, 98050 Baram, Sarawak

Masa Buka : 9 a.m.

Hospital Marudi memiliki wad sebanyak 54 katil dan ia merupakan sebuah hospital daerah bukan pakar yang menawarkan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit di wad.

Bagi pesakit yang memerlukan penjagaan lanjut atau perkhidmatan pakar, mereka biasanya akan dihantar ke Hospital Miri.

Antara perkhidmatan yang terdapat di Hospital Marudi termasuk:

  • Perkhidmatan Klinik
  • unit kecermasan 
  • Jabatan Farmasi
  • Unit Kerja Sosial Perubatan
  • Unit Pathologi
  • Unit Pendidikan Kesihatan
  • Unit Diagnostik dan Pengimejan
  • Unit Physiotherapi

 

 

Perkhidmatan Bukan Klinik   

      1)Unit Rekod Perubatan

      2)Unit Pentadbiran

 

       

Sub-kategori

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.

 

 VISI

Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.

MISI

  • Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
  • Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
  • Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti. 

Waktu Operasi :

Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.

Isnin - Ahad :  8:00 am - 5.00 pm

                Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm     

          Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm

                           Rehat : 12:30pm -2:30pm                  

                                                                              

                          

 Alamat :

 
 
                                        Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
 
 , 

                       Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..my
 

Direction to Pedi Pekan Marudi

 

Untitled.png