Lo Mai Gai, atau secara harafiahnya nasi pulut ayam yang dibaluti dengan daun teratai. Lo Mai Gai adalah sebutan Kantonis atau sebutan lainnya ialah Nuo Mi Ji dalam bahasa Mandarin. Sejenis hidangan klasik dim sum disediakan semasa waktu yum cha atau minum teh. Hidangan adalah juga dipanggil mengukus ayam dalam bungkusan daun teratai atau mengukus pulut dalam bungkusan daun teratai. Hidangan tersebut amat sukar untuk didapati di Marudi. Namun sekiranya ada, boleh didapati di Tamu Marudi pada pagi hari di tingkat bawah.
Bukit TV merupakan salah satu tempat riadah yang terdapat di Marudi. Lokasi Bukit TV terletak di perkampungan orang Iban iaitu di Gudang. Jarak daripada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pekan Marudi ke kaki Bukit TV mengambil masa 20-30 minit dengan menggunakan kenderaan. Bukit TV terkenal dengan kecuramannya yang membuatkan golongan remaja masa kini meluangkan masa mereka dengan aktiviti mengembara atau mendaki di sini. Untuk tiba di puncak bukit tersebut, akan mengambil masa 50 minit sehingga sejam sekiranya tidak melakukan perhentian sepanjang pendakian. Bukan sahaja kerana aktiviti mengembara yang boleh dilakukan membuatkan Bukit TV menjadikan kawasan tarikan, namun kerana udaranya yang segar di pagi hari serta pemandangan yang menarik terutama sekali di puncak bukit membuatkan ramai pengunjung yang tertarik untuk berkunjung ke sini.
Beberapa jalan akan ditutup bermula 1 Februari sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan nanti bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan ‘Waterfront Marudi’ dilaksanakan.
Majlis Daerah Marudi dalam kenyataan media pada Jumaat berkata, ini bagi membolehkan aliran trafik di pekan ini berjalan dengan lancar khususnya mereka yang berkunjung ke Pekan Marudi.
“Penutupan sementara Jalan Merdeka dan lencongan Jalan Puteri dan Jalan Sungai Marudi di hadapan Restoran Bunga Raya untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pelaksanaan Projek Marudi Waterfront 1 Februari 2021 hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Disamping itu, arah lalulintas untuk Jalan Sungai Marudi akan diubah menjadi laluan keluar daripada Jalan Permaisuri dan Jalan Merdeka. Manakala, tempat parkir di Jalan Sungai Marudi juga akan ditutup sementara bagi memudahkan laluan Kenderaan Berat dan tempat parkir di Jalan Merdeka berhadapan stesen minyak juga akan ditutup buat sementara waktu. Pihak Majlis juga menyeru kepada orang awam agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas
CNY OriBirdnest GojiChicken Soup Recipe
Ingredients:
2 pieces Cave Birdnests (20 gms)
5 pieces Kampung Chicken (200 gms)
8-12 seeds of Goji
500 ml water
Method:
Soak the birdnests in water for 5hrs or overnight (in freeze)
Cleanse the chicken in salt and wash off
Put the birdnests in a ceramic pot
Cover the birdnests with chicken pieces
Fill the potwith 500ml of water
Steam for 2- 3 hours
Turn off the heat once done and add the Goji.
Persiapan untuk tahun baru cina kali ini di Pekan Marudi agak sunyi sepi dek kerana negara kita masih lagi di serang Pandemic Covid 19. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu dimana penduduk Pekan Marudi yang menyambut tahun baru cina sudah mula membakar mercun,mengantung tanglong,ada juga yang akan menghiasi pokok limau mereka dengan keping-kepingan sarung angpao yang kosong dan ada juga yang sudah menyusun buah limau di meja makan. Tetapi pada masa kini,tidak banyak penduduk yang berbelanja untuk membeli barang kelengkapan untuk persiapan tahun baru cina dek kerana keadaan yang kini masih lagi hangat mengenai virus covid. Namun begitu,ia tidak menghalang sesetengah peniaga menjual barang kelengkapan persiapan untuk menyambut tahun baru cina salah satu kedai iaitu Chop Lee Hong. Jika memasuki Lee Hong,sudah pasti anda semua akan melihat pelbagai jenis sarung angpao mahupun tanglong yang dijual mahupun digantung. Kedai Chop Lee Hong kini sudah menyediakan kesemua barang kelengkapan untuk persiapan tahun baru cina seperti tahun-tahun sebelum ini. Bagi yang menyambut kami ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA (GONG XIE FA CAI)kepada yang menyambut daripada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pekan Marudi.
Sub-kategori
Maklumat Komuniti
Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.
VISI
Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.
MISI
- Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
- Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
- Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.
Isnin - Ahad : 8:00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm
Rehat : 12:30pm -2:30pm
Alamat :
Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK
Maklumat Pusat Ekonomi Digital
Direction to Pedi Pekan Marudi