Tarikh : 22 Ogos 2017 |
Masa : 1.30 pm - 2.00 pm |
Tempat : Pusat Internet Komuniti (PIK) Pekan Marudi |
Peserta : Dina anak Mandi |
Definisi
Youtube adalah laman perkongsian yang popular untuk memuat naik, menonton dan berkongsi petikan video. Kandungan Youtube boleh merangkumi animasi, rakaman acara awam, rakaman peribadi kecuali kandungan yang menyalahi undang- undang atau yang berbentuk penghinaan. Rakaman video boleh berbentuk informasi, hiburan, rujukan atau peribadi semata- mata.
Tujuan
Sesi ini dihadiri oleh seorang surirumah yang ingin mengetahui cara untuk mencari maklumat di Youtube. Pn Dina ingin mencari resepi kek untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
Penerangan fungsi, manfaat dan kelemahan Youtube kepada peserta. Menerangkan langkah- langkah yang perlu dilakukan semasa mencari maklumat di Youtube. Peserta memasukkan kata kunci untuk mencari video yang bersesuaian.
Peserta memilih dan menonton video yang mengandungi informasi yang sesuai untuk dijadikan rujukan seharian.