Sarawak merupakan tempat yang berbilang kaum, suku dan bangsa.Di dalam Sarawak sendiri, kita boleh dapati bahawa lebih daripada 30 suku dan bangsa. Oleh itu, Marudi merupakan tempat pedalaman yang tidak terlepas daripada banyak etnik yang terdapat di Sarawak. Salah satunya suku kaum Bidayuh. Suku kaum Bidayuh memilik pelbagai jenis makanan tradisional yang unik dan menarik. Antaranya;

1. Asam Siok

173826554 111553821042801 2257001640076622813 n 31716566 2056205381285037 3361016963743612928 n 

Asam Siok merupakan hidangan tradisi masyarakat Bidayuh yang sangat dikenali kerana keunikan memasaknya adalah menggunakan buluh. Asam Siok ini adalah beras yang dimasak bersama ayam dan lebih baik lagi menggunakan ayam kampung, lalu menggunakan buluh sebagai bahan utama. Antara bahan-bahan yang dimasakan bersama beras dan ayam tersebut adalah daun ubi dan serai. Ini bertujuan bagi meningkatkan lagi aroma hidangan tersebut serta membuatkannya wangi dan menyelerakan.  Hidangan ini jarang sekali dikenali oleh masyarakat Sarawak, namun hidangan ini seakan Manuk Pansuh yang berasal daripada masyarakat Iban. Walaubagaimanapun, hidangan ini merupakan masakan versi Bidayuh.

 

2. Samal Sorai (Sambal Serai)

15732533 1776472512677496 2869791908241549692 o 25442812 1547865608595166 4740967641575471679 n 128773872 4806165009425601 123421839675133412 n

 

Hidangan yang seterusnya adalah Samal Sorai atau lebih dikenali sebagai Sambal Serai merupakan hidangan yang sangat sederhana dan mudah untuk disediakan. Seperti yang disedia maklum, masyarakat Bidayuh ini sangat gemar bercucuk tanam. Oleh itu, apabila di kawasan perkampungan orang Bidayuh, boleh didapati banyak serai di sekitar rumah mereka. Maka dengan itu, stok serai mereka sentiasa banyak dan tercetuslah buah fikiran untuk menghasilakn samal sorai ini. Cara pembuatannya juga mudah, di mana hanya perlu mengisar serai,bawang merah, bawang putih,cili, belacan , dan sedikit garam bersama sehingga halus nama masih kelihatan sedikit kasar. Ikan bilis pula perlu dikisar secara berasingkan ini kerana, ikan bilis ini perlu digoreng sehingga garing baru dimasukan bahan-bahan yang lain. Aroma yang terhasil daripada samal sorai ini membuat anda terliur dan enak dinikmati bersama nasi putih bahkan selalu dijadikan penambah selera.