Di Baram, lebih-lebih lagi di Marudi, anda boleh mendapati bahawa ramai orang ulu yang menetap di Marudi, atau menjadi tempat persinggahan mereka sekiranya mereka datang dari kampung-kampung. Oleh yang demikian, tidak heran lagi sekiranya di Marudi, anda boleh menemui pelbagai jenis masakan orang ulu yang dihidangkan di kedai-kedai tertentu di Marudi. Antara makanan tradisional orang ulu yang mudah untuk didapatkan di Marudi adalah seperti berikut:
1. Nuba Laya / Nasi Bungkus
Nuba Laya ini merupakan makanan asas bagi masyarakat orang ulu. Ianya ditanak mengunakan beras biasa namun, air yang dimasukan adalah lebih banyak daripada kuantiti air semasa menanak nasi biasa. Tekstur nasi ini agak lembut dan sangat sedap apabila dimakan semasa masih lagi panas. Dalam masa yang sama, nasi ini sangat sesuai dimakan oleh mereka yang sudah uzur dan susah untuk mengunyah serta anak kecil yang belum pandai menguyah dan menelan dengan baik. Nuba laya ini kebiasaannya dibungkus di dalam daun isip . Kerana nuba laya ini merupakan menu asas dan wajib bagi masyarakat orang ulu, oleh itu nuba laya ini selalu dibawa oleh pemburu untuk memburu atau ke bendang bagi dinikmati bersama sedikit lauk pauk seperti daun ubi, umbut dan sebagainya,sebagai bekalan mereka.
2.Udung ubih/ Daun Ubi/Pucuk Ubi
Udung ubih atau lebih dikenali sebagai pucuk ubi dan ini merupakan sajian yang paling sesuai apabila dinikmati bersama nuba laya. Terdapat banyak cara memasaknya. Namun seringkali masyarakat orang ulu akan menyediakan pucuk ubi yang ditumbuh halus ini bersama serai, bagi menaikan lagi aroma makanan tersebut. Dalam masa yang sama akan dimasukan sedikit bunga kantan serta sedikit cili padi. Hasilnya sangat menyelerakan serta rasa ingin lagi itu meningkat. Petua orang-orang tua dalam memilih atau memetik pucuk ubi adalah, jangan hanya memetik di bahagia pucuk, namu di ambil juga bahagian sedikit di bawah pucuk bagi tidak menganggu tumbesaran pucuk yang baru serta dipatahkan bahagian bawah pokok ubi yang dipetik agar bertumbuh dengan lebat.