WhatsApp Image 2022-06-23 at 4.31.19 PM

 

Kuih penganan jala atau dikenali sebagai kuih sarang semut merupakan kuih tradisional masyrakat Iban di Sarawak. Kuih ini sememangnya terkenal. Terutamanya ketika Gawai dan Krismas. Kuih ini mudah didapati ketika anda berkunjung ke rumah panjang untuk meraikan sambutan Gawai. Selain itu, kuih ini antara hidangan menarik yang disajikan kepada tetamu. Ini mungkin versi kuih jala, namun ia ranggup. Ketelitian dan kesabaran amat diperlukan ketika proses pembuatannya.

 

 

 244543873 1683288708832024 4789419704221754719 n208881273 1624325424728353 8103431012532360795 n198835345 1624305838063645 2227534716786058080 n

 
Kraftangan merupakan produk yang cukup terkenal, lebih-lebih lagi dalam kalangan orang Sarawak. Khususnya di Sarawak, anda boleh menemui masyarakat yang hidup secara berbilang bangsa, suku, kaum dan agama. Oleh yang demikian kraftangan ini tidak asing lagi di Sarawak lebih-lebih lagi di PekanMarudi sendiri. Kraftangan adalah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringan sahaja Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjkan secara individu dan kecil-kecilan. Hasil pertukangan selalaunya membawa imej kebudayaan dan adat sesuatu kaum. Sulam Dero adalah hasil lukisan tangan yang dilukis di kain sulam. Terdapat pelbagai jenis lukisan yang boleh dilukis, antaranya lukisan ukir, lukisan bisa dan lukisan anyaman. Setelah siap diukir di kain sulam ia akan diwarnakan mengikut corak yang dikehendaki dan jalinan warna yang digabungkan akan menghasilkan bentuk yang diingini. Tempoh pembuatan Sulam dero ini mengambil masa tiga hari paling kurang bagi menyiapkan sulam dero namun tergantung kepada rekaan yang dikehendaki. Oleh itu, kerja-kerja pembuatan kraftangan ini, lebih-lebih lagi yang melibatkan rekaan yang susah memakan masa dan tenaga yang banyak bagi individu yang membuat kraftangan ini. Hargailah hasil karya kraftangan tradisional kita.

127234868 835290397245445 3933503586427499954 n DwNbplMU8AATinN DSD

Masa musim panas begini sangat sesuai bila menyejukkan tekak dengan Teh Ais Mudik. Sekiranya ada yang tertanya-tanya apa itu Mudik? Baiklah Mudik adalah berasal daripada perkataan Marudi yang di bawa apabila disebut di dalam Bahasa Melayu Sarawak ianya disebut Mudik. Teh ais merupakan minuman yang tidak asing lagi bagi rata-rata masyarakat di Malaysia. Namun, apa yang membuatkan Teh Ais Mudik ini menjadi tarikan adalah ianya mempunyai kelainannya tersendiri. Misalnya, tergantung kepada permintaan pelanggan, teh ais tersebut boleh diminum bersama cincau. Dalam masa yang sama, teh ais tersebut disediakan secara fresh dan teh ais tersebut memiliki rasa yang sangat berlainan daripada teh ais yang lain. Oleh itu, Teh Ais Mudik ini menjadi tarikan ramai baik orang tempatan mahupun pelancong yang datang berkunjung ke Marudi. Sekiranya anda berminat untuk mencuba Teh Ais Mudik, anda boleh mendapatkannya di bazaar di belakang Chop Lee Hong Co.

 

WhatsApp Image 2021-05-16 at 11.11.51 1 WhatsApp Image 2021-05-16 at 11.11.51 WhatsApp Image 2021-05-16 at 11.11.51 2

Ramai yang tertanya-tanya mengenai perbezaan antara mee goreng basah dan sea cucumber mee. Ini kerana ianya kelihatan sama namun kenyataannya sangat berbeza. Di Marudi, salah satu kedai makanan yang menjadi tumpuan ramai sejak lama lagi adalah Boon Kee Restaurant. Salah satu menu yang menjadi kesukaan ramai adalah Sea Cucumber Mee. Seperti yang anda boleh lihat di dalam gambar, ianya dimasak dengan 2 cara yang berlainan. Namun kedua-duannya adalah menu yang sama dengan citarasa pelanggan yang berlainan. Sea Cucumber Mee ini mempunyai tarikan yang membuatkan pelanggan tetap mahu kembali untuk menjamahnya. Mee tersebut mempunyai rasa yang unik dan sangat sedap untuk dinikmati. Dengan rasanya yang masin,masam,pedas, berkuah serta mee yang dimasak dengan resepi rahsia tersendiri meningkatkan aroma hidangan tersebut, tidak dapat membuatkan pelanggan berkata tidak. Yang lebih membuatkan pelanggan berasa puas hati adalah kerana kuantiti yang sangat banyak dan berpatutan. Sekiranya anda berminat untuk mencuba Sea Cucumber Mee, anda boleh mendapatkannya di Boon Kee Restaurant.

KUIH BOM PULUT 9552a75ebb77965cbe1e6d820a745e5f

Kuih bom merupakan satu kuih yang senang untuk didapati. Namun, di Marudi anda boleh mendapatkan kuih bom yang berinti daging. Kelihatannya sangat ringkas dan mudah. Namun, dari proses menguli sahaja juga sudah sangat susah kerana tepung yang diuli bersama iaitu tepung pulut, tepung beras dan kelapa parut harus diuli dengan jumlah air yang tepat bagi memudahkan proses membulatkan kuih tersebut. Dalam masa yang sama, sekiranya tepung yang diuli adalah tidak betul, maka semasa proses memasukan inti, tepung tersebut akan mudah pecah atau berlubang. Semasa proses menggoreng pula, haruslah digoreng dengan api yang kecil bagi mengelakkan kuih tersebut daripada meletup. Oleh itu kuih tersebut disebut sebagai Kuih Bom.