Pada waktu petang yang panas, ABC Cendol pasti akan menjadi tumpuan ramai orang. Walaupun keadaan semasa yang tidak mengizinkan tidak bermakna cendol tidak dapat dinikmati, sehingga ramai yang membungkus dan dibawa balik ke rumah ataupun pejabat dan lokasi masing-masing. Cendol Marudi menjadi tumpuan ramai orang lebih-lebih lagi kepada para pelancong yang datang ke Marudi. Cendol Marudi mempunyai rasa yang tersendiri kerana seperti yang diberitahu oleh pemilik kedai-kedai cendol di Marudi, mereka menyatakan bahawa beberapa bahan atau campuran yang terdapat di dalam cendol tersebut adalah buat sendiri. Oleh itu, cendol Marudi mempunyai rasa yang sangat sedap dan tersendiri bahkan boleh meningkatan selera makan seseorang. Terdapat beberapa buah kedai cendol yang anda boleh dapati di Marudi. Misalnya ABC Cold Drink, Fresh House dan Little House. Rasa cendol di setiap kedai tersebut mempunyai rasa yang tersendiri mengikut selesa masing-masing.