Sejarah Pusat Ekonomi Digital Pekan Marudi 

 

Pusat Ekonomi Digital Pekan Marudi, Baram, Sarawak mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Ekonomi Digital Pekan Marudi(PEDI) merupakan sebuah Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad dan MSD Digital Intelligent Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Sebanyak 356 buah Pusat Internet Komuniti dibawah seliaan Telekom Malaysia Berhad yang telah diwujudkan di seluruh Malaysia iaitu 12 buah pusat Fasa Perintis, 73 buah pusat Fasa 1, 52 buah pusat Fasa 2, 31 buah pusat Fasa Felda, 5 buah pusat Fasa Felda EB, 1 buah pusat Fasa Long Beruang, 100 buah pusat Fasa Telephony, 10 buah pusat Fasa Clawback 2012, 42 buah pusat Fasa CBL Enhancement dan 30 buah pusat Fasa Clawback 2013 telah diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 Pusat Ekonomi Digital Pekan Marudi(PEDI) merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Pusat Ekonomi Digital Pekan Marudi (PEDI) ini telah diberi nama mengikut tempat ia ditubuhkan iaitu Pusat Ekonomi Digital Pekan Marudi . Pusat Ekonomi Digital Pekan Marudi ini adalah Fasa 1 bahagian Sarawak. Pusat Ekonomi Digital Pekan Marudi telah bermula beroperasi pada 17/07/2010.

Dengan sokongan Ketua Kampung dan penduduk setempat, Pusat Ekonomi Digital Pekan Marudi telah ditubuhkan dengan jayanya. Kini penduduk Pekan Marudi dapat memdekatkan diri dengan pelbagai program ICT yang telah dianjurkan tanpa mengira golongan umur dan bangsa.

photo 6186240112136925451 y

 

Tuan Residen Baram yang pertama bernama Claude Champion de Crespigny untuk menguatkuasakan undang-undang dan menjaga ketenteraman pentadbiran Rajah Brooke di Baram. Beliau membina pejabat di atas bukit di tebing Sungai Baram. Tidak lama selepas itu, tempat ini berkembang menjadi penempatan kecil pedagang Cina dan penduduk tempatan. Tempat ini dinamakan Claudetown sebagai penghormatan terhadap beliau. Sejajar dengan tradisi di Baram, Claudetown kemudiannya ditukar nama menjadi Marudi mengambil sempena dengan nama anak sungai yang mengalir merentas pekan tersebut.

 

Pada tahun 1888, semasa mengambil alih tugas Residen terdahulu, Dr. Charles Hose telah bercadang untuk mewujudkan suasana muhibah dan membawa persefahaman antara puak yang bertelingkah. Pada tahun 1889 satu Persidangan Besar Perdamaian telah berlangsung dengan jayanya. Ini disambut secara besar-besaran dengan pesta ria dan perlumbaan perahu panjang. Dari itu, lahirlah perayaan Regata Pertama Baram yang termashyur sehingga kini.

 

Dengan keamanan berjaya dipulihkan, Residen dapat menguruskan kerja cari gali minyak di sekitar Marudi dan kemudiannya di sekitar kampung nelayan di kawasan Muara Sungai Miri berhampiran pantai. Beliau telah meyakinkan Rajah, yang kemudiannya menandatangani perjanjian pemberian hak kepada pihak Anglo-Saxon Petroleum Company dari London untuk membuat perdagangan secara komersial bagi cari gali minyak di Miri. Cari gali bermula pada 10 Ogos 1910 di atas bukit di belakang kampung Miri dan pada 22 Disember 1910 minyak ditemui. Dengan kejayaan ini, bermulalah sejarah Shell dan industri petroleum di Sarawak dan kemudian dengan Petronas pada tahun 1978.

 

 

 

Fakta & Sejarah Ringkas Daerah Marudi @ Pekan Claude, 1882.

 

Tarikh

Peristiwa

19 Jun 1882

Penubuhan Daerah Baram (Marudi)

 

Mr. Claude de Crespingy sebagai Tuan Residen pertama di Baram

17 Jul 1882

Sederetan bangunan kedai kayu yang pertama dibina di Marudi

19 Jul 1882

Majlis perletakan batu asas di bukit (Kubu Hose)

1901

Bangunan Kubu Hose siap dibina (mula dibina pada 1898)

12 Dis 1912

Pusat Pentadbiran di Baram (Marudi) berpindah ke Miri

1991

Nama "Daerah Baram" digantikan dengan nama "Daerah Marudi"

1993

Pejabat Daerah Marudi berpindah ke bangunan baru (kini) dari bangunan Kubu Hose

1994

Kubu Hose terbakar

1998

Bangunan baru Kubu Hose siap dibina semula, Hari ini, Kubu Hose berperanan sebagai "Muzium Baram".  Ogos 2008 "Sape Gergasi Malaysia Book of Record" disemadikan di Muzium Baram