193711530 343310463822226 2419325697760345386 n

188371033 341675393985733 2440290656294102128 n 189330838 341675500652389 7006703948068709842 n 192688501 341675577319048 1567224217985672974 n

Saban tahun, pertandingan Pekit Ngepan Indu Iban pasti akan diadakan sempena Perayaan Hari Gawai. Namun pada tahun ini, pertandingan ini dianjurkan oleh Sarakup Indu Dayak Pampang Marudi secara online demi menjaga keselamatan bersama. Walaupun demikian, pertandingan ini masih lagi boleh dijalankan serta tmengekalkan tradisi masyarakat Iban. Pemenang bagi pertandingan Pekit Ngepan Indu Iban 2021 adalah Johan : Saudari Rini Ak Kana , Naib Johan : Saudari Claudia Clarissa Chulat , Pemenang Tempat Ketiga : Jennifer Ruku Ak Ambang .

 

79242434 111233917029883 7636768734975098880 n

128306629 230263035126970 2024305319711992205 n 128062330 230265841793356 6770124355552561661 n

Persatuan Wanita Marudi merupakan salah satu persatuan yang bergerak secara aktif dalam kalangan penduduk Marudi. Sarakup Indu Dayak Pampang Marudi SIDS atau lebih dikenali Persatuan Wanita Iban Marudi telah ditubuhkan lebih daripada 20 tahun dan masih lagi aktif sehingga pada hari ini. Objektif daripada penubuhan persatuan ini adalah untuk mencapai matlamat wanita serta menjadikan wanita perkasa. 

Wanita Marudi disaran berperanan sama penting dengan lelaki

MARUDI: Golongan wanita di daerah Marudi disaran memainkan peranan yang sama pentingnya dengan kaum lelaki bagi membolehkan mereka mencapai dan menyumbang kepada kejayaan pembangunan di daerah ini dan negeri ini, amnya.

Pada masa yang sama Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entri mahu golongan wanita di Baram dan Marudi khususnya, berani bersaing dengan kaum lelaki sama ada dalam bidang pekerjaan mahupun perniagaan bagi meraih pendapatan lumayan.

“Wanita hari ini memang bukan seperti zaman dahulu, kerana dahulu mereka hanya mementingkan kerja menguruskan rumah tangga dan berada di dapur, menjaga anak dan memasak.

“Tetapi hari ini, keadaannya jauh berbeza dan wanita semakin maju berbanding dahulu,” katanya.

Berucap semasa merasmikan majlis sambutan Hari Wanita 2013 Peringkat Daerah Marudi di Dewan Suarah Baram semalam, Entri berkata, atas pencapaian membanggakan itulah, maka kerajaan tidak mengabaikan peranan wanita di negeri ini sebaliknya memberi pengiktirafan dan peranan kepada mereka.

“Kaum wanita memainkan peranan penting bukan sahaja menjaga anak-anak, bagi yang tidak bekerja tetapi semakin ramai daripada wanita kini membantu dalam meningkatkan lagi ekonomi keluarga mereka, sama ada melakukan kerja sambilan termasuk berniaga yang dilakukan terus dari rumah.

“Oleh itu, jangan ada kaum wanita yang hanya berpeluk tubuh ketika duduk di rumah sebaliknya mereka perlu sama-sama bergerak untuk menambahkan pendapatan keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Entri mengakui bahawa semakin ramai kaum wanita menyandang jawatan tinggi seperti menjadi menteri, jurutera, doktor dan sebagainya sama ada dalam jabatan kerajaan mahupun di peringkat swasta.

“Justeru atas kejayaan pencapaian itulah maka kerajaan menubuh Kementerian Wanita untuk menjaga kebajikan dan keperluan wanita di negeri dan negara ini,” tambah Entri.

Dalam pada itu, seramai 250 wanita dan lelaki telah menghadiri ceramah Hari Wanita yang disampaikan oleh pihak PDRM yang diwakili oleh Inspektor Allauddin Japaruddin, ceramah kesihatan oleh wakil Hospital Marudi Sister Rose Mary dan ceramah kitar semula bahan buangan dapur oleh wakil LA 21 Majlis Bandaraya Miri Dayang Siti Nurbaya.

Entri yang juga ADUN Marudi mahu para peserta yang hadir memanfaatkan sebaiknya ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ditimba mereka daripada ceramah-ceramah yang diadakan dan berkongsi maklumat mengenainya apabila mereka pulang ke rumah panjang masing-masing.

Turut diadakan pada sambutan Hari Wanita tersebut ialah pertandingan gubahan bunga dan ‘solekan kasih sayang’ iaitu pertandingan dibuka khusus untuk para suami.

Bagi pertandingan gubahan bunga, tempat pertama dimenangi oleh Dominca Do Anyi, kedua Zarah Sidi dan tempat ketiga Zainab Izhar.

Sementara bagi pertandingan ‘solekan kasih sayang’ di mana suami menyolek isteri, tempat pertama dimenangi pasangan Kasteriya Suib, tempat kedua dimenangi pasangan Ahmad Edit dan tempat ketiga dimenangi pasangan Agus Jeffery.

Turut hadir Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong serta ketua-ketua jabatan kerajaan di sini..