Kornia recipe tidak asing lagi bagi rakyat Marudi kerana pengusaha kedai tersebut adalah warga Marudi sendiri. Kornia Recipe merupakan Kedai makan yang menyajikan menu utama adalah mee jawa special, selain mee jawa pelbagai lagi menu yang lain boleh dinikmati dikedai itu. Lokasi kedai berkenaan terletak di jalan utama Kampung Dagang Marudi.
Burger? Siapa kata tak suka makan burger? Inilah sejenis makanan atau snek kegemaran rakyat Malaysia. Kebanyakan generasi zaman sekarang memang tak lari dari makan burger. Nasi pun dah boleh tolak tepi kalau burger sampai depan mata. Betul tak? Sebab makan sebiji burger pun dah kenyang. Apa lagi kalau makan Burger Special Chicken Chop yang besar sepinggan dengan harga yang sangat murah ni. Admin makan sebiji pun tak dapat habis. Mesti ramai yang tak prcaya kan. Dua orang boleh kongsi makan sebiji burger ni. Admin tak mampu habiskan seorang sebiji burger yang sedap lagi besar ni. Nak cuba boleh lah dapatkan Burger Chicken Chop yang besar dengan harga yang berpatutan di GS kanteen di SK Good Shepherd Marudi Baram. Cuba jangan tak cuba.
Menjelang hari raya, anda boleh melihat banyak hidangan tradisional masyarakat Melayu yang dihidangkan. Mungkin hidangan tersebut menjadi hidangan yang tidak asing lagi bagi kita. Namun, sejarah di sebalik setiap hidangan itu sangat bermakna. Antara makanan masyarakat Melayu yang boleh kita dapatkan di Marudi adalah :
1. Satay
Satay dihasilkan daripada seorang tukang masak jalanan yang berbangsa Melayu berasal daripada Java, Indonesia. Namun sehingga kini, satay menjadi makanan yang digemari oleh masyarakat Malaysia bahkan tidak terlepas juga daripada orang Marudi sendiri.
2. Nasi Lemak
Nasi Lemak merupakan salah satu makanan masyarakat Melayu yang tidak asing lagi. Nasi Lemak ini merupakan sebuah yang mempunyai kalori yang tinggi. Oleh yang demikian, setiap petani atau nelayan selalu membekalkan nasi lemak pergi bekerja dan dalam masa yang sama perkerjaan mereka memerlukan tenaga yang banyak maka dengan itu, nasi lemak adalah sangat sesuai untuk dibekalkan kepada mereka.
Rojak merupakan sebuah makan sangat terasa enaknya bila dimakan secara beramai-ramai. Oleh itu, di Marudi pada setiap petang dan hujung minggu boleh dapati bahawa ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk menikmati rojak lebih-lebih lagi bersama ais krim Marudi. Sungguh benar rasa sedapnya rojak itu terhasil daripada sos rojak yang disediakan. Namun sos rojak Marudi tidak pernah mengecewakan setiap mereka yang menikmatinya. Terdapat beberapa jenis rojak yang boel hditemukan di Marudi. Antaranya rojak keladi, rojak kangkung atau rojak campur. Setiap rojak tersebut mempunyai rasanya yang tersendiri namun mampu menarik selera ramai orang yang menikmatinya. Oleh yang demikian, bagi setiap pengunjung yang datang ke Marudi wajib mencuba rojak Marudi.
Sarawak merupakan tempat yang berbilang kaum, suku dan bangsa.Di dalam Sarawak sendiri, kita boleh dapati bahawa lebih daripada 30 suku dan bangsa. Oleh itu, Marudi merupakan tempat pedalaman yang tidak terlepas daripada banyak etnik yang terdapat di Sarawak. Salah satunya suku kaum Bidayuh. Suku kaum Bidayuh memilik pelbagai jenis makanan tradisional yang unik dan menarik. Antaranya;
1. Asam Siok
Asam Siok merupakan hidangan tradisi masyarakat Bidayuh yang sangat dikenali kerana keunikan memasaknya adalah menggunakan buluh. Asam Siok ini adalah beras yang dimasak bersama ayam dan lebih baik lagi menggunakan ayam kampung, lalu menggunakan buluh sebagai bahan utama. Antara bahan-bahan yang dimasakan bersama beras dan ayam tersebut adalah daun ubi dan serai. Ini bertujuan bagi meningkatkan lagi aroma hidangan tersebut serta membuatkannya wangi dan menyelerakan. Hidangan ini jarang sekali dikenali oleh masyarakat Sarawak, namun hidangan ini seakan Manuk Pansuh yang berasal daripada masyarakat Iban. Walaubagaimanapun, hidangan ini merupakan masakan versi Bidayuh.
2. Samal Sorai (Sambal Serai)
Hidangan yang seterusnya adalah Samal Sorai atau lebih dikenali sebagai Sambal Serai merupakan hidangan yang sangat sederhana dan mudah untuk disediakan. Seperti yang disedia maklum, masyarakat Bidayuh ini sangat gemar bercucuk tanam. Oleh itu, apabila di kawasan perkampungan orang Bidayuh, boleh didapati banyak serai di sekitar rumah mereka. Maka dengan itu, stok serai mereka sentiasa banyak dan tercetuslah buah fikiran untuk menghasilakn samal sorai ini. Cara pembuatannya juga mudah, di mana hanya perlu mengisar serai,bawang merah, bawang putih,cili, belacan , dan sedikit garam bersama sehingga halus nama masih kelihatan sedikit kasar. Ikan bilis pula perlu dikisar secara berasingkan ini kerana, ikan bilis ini perlu digoreng sehingga garing baru dimasukan bahan-bahan yang lain. Aroma yang terhasil daripada samal sorai ini membuat anda terliur dan enak dinikmati bersama nasi putih bahkan selalu dijadikan penambah selera.