14 nj 

157193592 917870682294750 3022523314954450027 n 130256853 390253628973402 5702601896277075686 n front
Dewan Suarah Baram merupakan bangunan yang tidak asing lagi bagi penduduk Marudi. Bangunan ini telah dibina lebih 15 tahun bahkan ia masih lagi berdiri megah di Marudi. Dewan Suarah ini merupakan salah satu tempat bagi penduduk Marudi mahupun orang luar datang melakukan aktiviti besar-besaran ataupun mesyuarat. Di dalam bangunan ini terdapat beberapa bahagian yang boleh digunakan oleh orang awam. Misalnya dewan besar dimana kebanyakan orang akan melakukan majlis-majlis seperti Christmas Parade, Majlis Perkahwinan, Perayaan Tahun Baru Cina dan lain-lain lagi. Selain itu terdapat beberapa bahagian di mana boleh digunakan untuk mengadakan kursus, latihan mahupun mesyuarat. Sebelum tersebarnya covid, bangunan ini seringkali digunakan untuk melakukan aktiviti senaman seperti berzumba. Dalam masa yang sama, anda boleh melihat sebuah tasik yang dibina di kawasan belakang bangunan juga merupakan jalan keluar daripada Dewan Suarah. Ini bertujuan kerana Dewan Suarah juga menjadi tempat penginapan bagi mangsa banjir sekiranya berlaku di Baram. Bagi menambahkan suasana yang menarik untuk pengunjung, oleh itu tasik itu dibina dalam masa yang sama, sebuah kolah ikan juga turut dibina di hadapan bangunan tersebut. Oleh yang demikian, Dewan Suarah ini terdapat banyak kepentingannya. Kini, bangunan ini dibuka khas bagi penduduk untuk mendapatkan vaksinasi yang dijalan secara berperingkat oleh Kementerian Kesihatan. 

 zsa  bbb

 unnamed qq aaaaa

Masjid merupakan tempat bagi penganut agama Islam untuk menjalankan aktiviti keagamaan mereka. Di Marudi juga tidak terlepas dengan adanya Bangunan Masjid yang dibina. Bangunan lama masjid ini telah dibina pada tahun 1972 di atas tanah yang disediakan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Hak Melayu Baram. Bangunan yang berusia 40 tahun telah digantikan dengan bangunan Masjid Baru As Salam Marudi. Bangunan ini mula dibina pada 28Mac 2006 dan telah siap sepenuhnya dibina pada 9 Oktober 2007. Sehingga pada hari ini, anda boleh melihat masjid ini masih lagi berdiri megah di Pekan Marudi. Keluasan masjid ini kira-kira dalam tiga ekar luas serta bersebelahan dengan masjid lama. Ruang solat di dalam masjid ini boleh menampung sehingga kira-kira 800 orang jemaah pada satu-satu masa. Bahkan, masjid ini mempunyai ruang legar yang boleh menempatkan tambahan 500 orang jemaah lagi. Masjid ini merupakan satu-satunya masjid besar yang boleh didapati di Pekan Marudi serta sebagai nadi bagi aktiviti keagamaan bagi masyarakat muslim di Marudi. Antara aktiviti yang seringkali dijalankan di masjid ini adalah solat, kelas bimbingan fardhu ain,program ziarah ilmu dan sebagainya. 

 

118543438 106454687861570 8659491805304970490 n nkj ee

 171926108 166145008696952 7406767830058463661 n n 170572068 166145002030286 6131235329917583750 n

Bukit TV merupakan salah satu tempat riadah yang terdapat di Marudi. Lokasi Bukit TV terletak di perkampungan orang Iban iaitu di Gudang. Jarak daripada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pekan Marudi ke kaki Bukit TV mengambil masa 20-30 minit dengan menggunakan kenderaan. Bukit TV terkenal dengan kecuramannya yang membuatkan golongan remaja masa kini meluangkan masa mereka dengan aktiviti mengembara atau mendaki di sini. Untuk tiba di puncak bukit tersebut, akan mengambil masa 50 minit sehingga sejam sekiranya tidak melakukan perhentian sepanjang pendakian. Bukan sahaja kerana aktiviti mengembara yang boleh dilakukan membuatkan Bukit TV menjadikan kawasan tarikan, namun kerana udaranya yang segar di pagi hari serta pemandangan yang menarik terutama sekali di puncak bukit membuatkan ramai pengunjung yang tertarik untuk berkunjung ke sini. 

 

6D466AA0-C305-4AC1-B637-3B51F968F644 2016-12-24 

Marudi Tua Pek Kong - panoramio 6-min 1 Marudi Tua Pek Kong - panoramio 13 1

 

Kuil Tua Peh Kong atau lebih sering disebut Topekong oleh penduduk Marudi merupakan rumah ibadah bagi penganut agama Buddha. Berdasarkan sejarah, Tua Peh Kong dalam sebutan bahasa Hokkien ini merupakan Dewa Air yang dikenali di wilayah Malaya dan Indonesia. Dia dipuja semenjak zaman Dinasti Song oleh para pelaut demi keamanan pelayaran. Terdapat beberapa versi sejarah tentang kehidupan Tua Peh Kong sebelum diangkat menjadi Dewa. Kisah pertama menyebutkan bahwa dia adalah seorang pelaut dari Fujian yang memperoleh mimpi bahwa di tengah laut terdapat seseorang yang mengapung dalam kondisi keracunan. Ia menemukan dan menyedut racun dari mulut korban sehingga selamat, tetapi dirinya sendiri meninggal. Masyarakat kemudian memujanya untuk mengenang keberanian serta pengorbanan beliau. Kisah lain menyebutkan bahwa dia adalah seorang pelajar Fujian yang lari ke Malaysia pada masa pemerintahan Kaisar Qian Long (1736-1790). Ia digambarkan sebagai pria yang jujur, berbudi, ramah, dan berjenggot panjang. Masyarakat Penang mengenang dia bernama asli Zhang Li dari suku Hakka. Suatu ketika dalam perjalanannya menuju Sumatra, kapalnya dihempas badai dan karam di Pulau Penang, Malaysia yang pada saat itu baru dihuni sekitar 50 orang penduduk saja. Masyarakat membangun sebuah kuil untuknya setelah dia meninggal. Oleh yang demikian di Marudi, kita boleh menemui Kuil Tua Peh Kong ini sebagai tempat beribadah bagi penganut agama Buddha. Dalam masa yang sama, anda boleh dapati penganut agama Buddha akan melakukan aktiviti keagaman seperti pada Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei. Anda juga boleh dapati bahawa aktiviti yang dijalankan di rumah kuil tersebut dengan sangat meriah bahkan para pelancong yang kebetulan ada di lokasi pada ketika itu merasakan gembira kerana mempunyai peluang untuk mengenali adat penganut agama Buddha dalam masa yang sama boleh mengenali serba sedikit sejarah kuil ini.  

 

8371662 orig Stail-1-23.9.20

Taman-1-23.6.20 Taman-3-23.6.20

 

Taman Tasik Marudi merupakan tempat yang tidak asing lagi bagi penduduk Marudi. Taman Tasik ini seringkali dikunjungi oleh ramai pengunjung terutama sekali pada waktu petang dan hujung minggu. Tidak lupa juga pada setiap dua tahun sekali, Taman Tasik ini turut menjadi tempat tarikan ramai orang terutama sekali para pelancong daripada luar kawasan Marudi. Tempat ini sangat sesuai serta menjadi satu lokasi yang strategi bagi penduduk untuk melakukan aktiviti riadah, rekreasi, bersenam dan sebagainya lagi. Sehubungan dengan itu, Taman Tasik ini turut menyediakan jambatan gantung, pondok dan banyak lagi kemudahan lain sebagai tempat beramah mesra untuk para pengunjung pada hujung minggu. Yang uniknya bersebelahan Taman Tasik ini juga terdapat Kubu Hose terletak di atas puncak bukit dengan keindahan lokasinya menjadi nadi kemajuan perpaduan pelbagai etnik. Kubu Hose ini dibina pada tahun 1883 dan hingga sekarang kekal sebagai satu legasi kerajaan Brooke di Baram dan masih berdiri megah sampai hari ini . Kubu Hose ini menyimpan sejarah yang sangat penting kerana di sinilah lahirnya lumba perahu yang dikenali sebagai Baram Regatta.