178930081 145749497560704 2954199378960547435 n 179254707 145750370893950 1416326873697551945 n 179626128 145750617560592 4074859982825528621 n

179254685 145750957560558 1907928432350262555 n 181007851 145751684227152 1675069158656789486 n 178648529 145751077560546 7281618669187098314 n

Pada 1 Mei 2021, Persatuan Belia Marudi sekali lagi menjemput orang ramai di sekitar untuk mendapatkan Bubur Lambuk secara percuma di hadapan Masjid Besar secara pandu lalu ( Drive Thru). Dalam masa yang sama beberapa agihan Bubur Lambuk juga dihantar terus kepada para frontliner Marudi. Program agihan Bubur Lambuk ini dijalankan untuk kali kedua. Dengan sambut yang baik daripada orang ramai, membuatkan program ini berjalan dengan lancar sehingga selesai. Persatuan Belia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada penyumbang kerana sudi menghulurkan bantuan baik secara keperluan bahan-bahan persiapan mahupun secara kerahan tenaga. Dengan harapan bahawa adanya program seperti ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengenyangkan perut yang benar-benar memperlukannya. Semoga apa yang dipraktikan oleh Persatuan Belia Marudi ini menjadi motivasi serta inspirasi anak-anak muda masa ini. 

 

176786895 141967004605620 943683188619734826 n 177399035 141966654605655 87354679851595473 n  

175787974 141967924605528 8276759471332347393 n 176463353 141968027938851 9207009602291647550 n

Pada 26 April 2021 yang lepas, Persatuan Belia Marudi sekali lagi dengan hati yang terbuka meneruskan agihan akhir bantuan makanan asas kepada golongan kurang berkemampuan di sekitar Marudi serta mengagihkan bantuan 400pcs tuala wanita ke dua buah sekolah menengah di Marudi iaitu SMK Marudi dan SMK Telang Usan. Dengan rasa syukur ini, Persatuan Belia Marudi telah menyempurnakan agihan akhir fasa 2 bantuan makanan asas kepada 11 orang penerima di sekitar kampung di Pekan Marudi. Bantuan makanan asas ini terdiri daripada beras, gula, telur, garam, bawang dan roti. Semoga dengan adanya bantuan ini, dapat membantu penerima secara serba sedikit sekali gus meringankan sedikit beban mereka. Dalam masa yang, Persatuan Belia Marudi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah atas kesudian menerima kedatangan wakil dari Persatuan Belia Marudi bagi menyampaikan tuala wanita tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Persatuan Belia Marudi atas usaha keras, tanggunjawab serta keprihatinan kalian terhadap masyarakat. Semoga tindak tanduk Persatuan Belia Marudi mengjadi inspirasi bagi belia-belia di luar sana. 

 

172586191 135426405259680 7219966733946817201 n 172702315 135426338593020 1425667533227323501 n 

174126696 135426508593003 5002864489060288408 n 173699311 135426525259668 6968331920451238745 n 174166886 135426551926332 5615280526630058703 n

Semakin hari Persatuan Belia Marudi semakin giat dalam melakukan aktiviti berfaedah serta bermanfaat bagi ramai orang dan penduduk di Marudi. Pada 17 April 2021, Persatuan Belia Marudi serta Jawatankuasa surau telah bertungkus lumus memulakan aktiviti ini dari jam 7:30 pagi sehingga 2:30 petang. Bermula dengan proses penyediaan bahan , memasak serta membungkus. Edaran bubur lumbuk ini bermula pada jam 3petang sehingga jam 6 petang secara pandu lalu(Drive Tru) bagi orang awam di Jalan Besar berhadapan dengan Surau Nur Ihsan dan dihantar terus kepada frontliner dan kepada penyumbang yang menyumbang bahan-bahan persiapan bagi menjayakan aktiviti ini. Ini juga mengambil kira keadaan semasa yang memerlukan penjarakan sosial di kalangan pengunjung. Sebanyak lebih kurang 400 agihan diberikan kepada orang awam dan juga frontliner. Persatuan Belia Marudi berharap agar dengan pengedaran bubur lambuk ini , mampu mengisi perut yang sedang kelaparan. Dalam masa yang sama, Persatuan Belia Marudi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang yang telah menyumbang dari segi bahan-bahan persiapan untuk memasak, bagi Jawatankuasa Surau yang sudi menyumbang tenaga untuk menyiapkan bubur lambuk ini  serta terima kasih kepada orang awam kerana menyambut baik program ini. Sebagai makluman awal, pada 1 Mei 2021 kelak, pengedaran bubur lambuk sesi kedua akan dia adakan masjid, mohon jasa baik daripada penduduk Marudi untuk menerima baik juga program yang akan dijalankan ini lagi kelak. 

 

148614685 102330925235895 8280447134368752324 n 148777424 102331028569218 6658067531301908724 n 149316702 102330975235890 2197168637002428450 n 149324503 102330888569232 2462771168693419185 n

 Sejak penularan covid-19 ini berlaku, tidak dinafikan semakin ramai yang kehilangan pekerjaan bahkan semakin ramai juga yangkekurangan pendapatan harian. Dengan itu, Persatuan Belia Miri/Marudi berinisiatif untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.Pada 13 dan14 Februari 2021 yang lalu,Persatuan Belia Miri/Marudi telah menerima 50 agihan bantuan berupa keperluan asas yg dianjurkan oleh Kuching Food Aid dengan kerjasama daripada Persatuan Belia Miri.

Dengan adanya bantuan yang diberikan ini, Persatuan Belia Miri/Marudi memulakan agihan bantuan fasa pertama kepada penduduk di beberapa buah kampung sekitar Marudi. Seramai 50 orang penerima secara keseluruhan yang terdiri daripada orang yang kurang berkemampuan dan golongan asnaf yang meliputi setiap kampung di Marudi iaitu Kampung Dagang , Kampung Narum , Kampung Baru , Kampung Cina , Kampung Pemindahan , Kampung Padang Kerbau , Golden Hill , Kampung Lubok Nibong dan Rh Adam Anak Ongie Sungai Nawang Gudang dan Rh Jimbau Anak ena Sungai Gudang.

Persatuan Belia Miri/Marudi amat prihatin dan peka dengan keadaan masyarakat sekeliling yang terjejas akibat Pandemik Covid 19 dan komited untuk terus membantu masyarakat Marudi yang memerlukan bagi menghadapi situasi semasa pandemik. Program ini juga sedikit sebanyak dapat menanamkan sikap bertanggungjawab dan sukarela dalam diri belia di dalam persatuan ketika membantu masyarakat. Dalam masa yang sama, bagi memupuk rasa syukur serta berbelas kasihan terhadap orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri. Semoga sikap ini dapat diteruskan dalam masa yang akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlibat.