Pada 1 Mei 2021, Persatuan Belia Marudi sekali lagi menjemput orang ramai di sekitar untuk mendapatkan Bubur Lambuk secara percuma di hadapan Masjid Besar secara pandu lalu ( Drive Thru). Dalam masa yang sama beberapa agihan Bubur Lambuk juga dihantar terus kepada para frontliner Marudi. Program agihan Bubur Lambuk ini dijalankan untuk kali kedua. Dengan sambut yang baik daripada orang ramai, membuatkan program ini berjalan dengan lancar sehingga selesai. Persatuan Belia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada penyumbang kerana sudi menghulurkan bantuan baik secara keperluan bahan-bahan persiapan mahupun secara kerahan tenaga. Dengan harapan bahawa adanya program seperti ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengenyangkan perut yang benar-benar memperlukannya. Semoga apa yang dipraktikan oleh Persatuan Belia Marudi ini menjadi motivasi serta inspirasi anak-anak muda masa ini.