Di marudi mempunyai Balai polis,bomba dan Hospital.
Keselamatan di marudi ini terjaga oleh pihak polis dan bomba dalam menghadapi langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini berlaku.
Selain itu ia merupakan langkah segera agar keselamatan di marudi ini lebih terkawal. Bomba dan penyelamat sentiasa tangkas dalam bersiap sedia untuk menjalankan tugas. Jarak balai polis dan bomba dari bandar hanyalah 1km. Selain itu, di pekan marudi ini mempunyai sukarela untuk menjaga kawasan kampung khususnya yang di tubuhkan oleh JKKK kampung untuk memantau dan menjaga keselamatan kampung. Di samping itu ia dapalah membantu kerja-kerja polis di di pekan marudi ini.
Di samping itu, keselamatan adalah lebih penting demi menjaga keselesaan masyarakat di marudi ini untuk bebas kemana sahaja mereka ingin pergi, selain itu dengan adanya Peronda yang meronda di setiap bandar ini dan kampung di marudi adalah lebih penting demi menjaga keselamatan orang kampung khususnya.
Kemudahan Hospital di sediakan yang hanya jauh 1km dari bandar pekan marudi ini. Dengan kemudahan dan keselamatan yang di jaga ia amatlah berguna untuk masyarakat di sini di samping memerlukan khidmat bantuan atau pun khidmat Hospital. Kerana di sini kebanyakannya yang jauh dari kawasan bandar memang memerlukan khidmat hospital khususnya, di mana mereka datang dari jauh contoh nya `ulu linei` ia merupakan sebuah kampung yang jauh dari pekan ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam perjalanan menggunakan kenderaan.
Marudi ini sahaja cukup dengan keselamatan yang di kawal ketat oleh pihak-pihak berwajib untuk menjalankan tangunggjawab mereka sepenuhnya demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di sini untuk pekan marudi.
Pegawai Bomba
Hospital Marudi
Balai Polis