Puan Maltha Anak Baja merupakan seorang suri rumah, beliau telah membuat pelbagai sulam dero secara kecil-kecilan. Awalnya, beliau hanya membuat kraftangan sulam dero untuk diri sendiri apabila ada yang menempah dia mula memulai perniagaan tersebut. Sudah lebih daripada 2 tahun beliau mengusahakan perniagaan ini dan semakin hari semakin berkembang sehingga sampai tahap beliau mencuba untuk menjual secara onlinne. Kini, beliau berasa puas hati kerana diberi peluang untuk mendalami ilmu ICT, terutama sekali penggunaan facebook. Kerana melalui kemudahan ICT ini, beliau masih dapat menjalankan dan memperkembangkan perniagaan beliau.


LINK DISINI

Birdnest atau sarang burung walet merupakan salah satu produk yang boleh dijadikan sebagai produk kecantikan, makanan dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara untuk menikmati sarang burung walet ini serta kebaikannya kepada kita. Di dalam video berikut terdapat salah satu cara ataupun resipi untuk kita menikmati kebaikan sarang burung walet. Mari sama-sama kita saksikan dengan klik link di bawah.
 

Eddie Lim seorang pemuda yang berniaga secara atas talian. Beliau telah mempelajari cara untuk membuat laman Facebook. Setelah mempelajari cara penggunaan laman Facebook Eddie telah dikenali oleh orang ramai. Secara tidak langsung laman Facebook telah membantu Eddie untuk mendapat pendapatan yang lebih banyak berbanding yang sebelumnya. Eddie berasa bahagia kerana telah mempelajari cara meniaga menggunakan laman Facebook.

link disini

Puan Mariam Henry Lalo merupakan seorang usahawan yang telah berniaga sejak 2005 lagi yang bermula di Miri Centre Point. Beliau ini meneruskan perniagaan beliau di Stall No. 10 bertempat di Tamu Marudi. Saksikan video tersebut bagi mengenali perniagaan beliau. 

Link Di Sini

Puan Rabaah seorang suri rumah dan mempunyai seorang anak lelaki. Suami beliau bekerja di Kem Tembalak. 

Sebelum ini,beliau hanya suri rumah sepenuh masa tapi bukan untuk masa kini.

Kerana beliau ingin membantu suaminya dalam meringankan beban yang ditanggungkan oleh suaminya.

Beliau membantu suaminya mencari income dengan menjadi agent penjual sim card yang kini viral.

Dengan berniaga dari rumah,kini puan Rabaah dapat membantu suaminya membeli keperluan anak dan keperluan rumah.

 

Klik Video Disini.